Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kanak-kanak perempuan 3 tahun meninggal dunia akibat COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak perempuan 3 tahun meninggal dunia akibat COVID-19

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

INGAPURA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (14 Sep), sekali gus merupakan kematian ketiga akibat koronavirus melibatkan seorang kanak-kanak bawah 12 tahun di Singapura. 

Kanak-kanak warga Singapura itu meninggal dunia pada Selasa (13 Sep), menurut MOH, menjawab pertanyaan Mediacorp. 

"Pesakit itu mempunyai sejarah pelbagai isu perubatan sebelum jangkitan COVID-19," tambah MOH. 

Kanak-kanak perempuan itu diuji positif COVID-19 menerusi ujian pantas antigen (ART) pada 9 Ogos dan dimasukkan ke hospital pada 13 Ogos. 

"Pesakit meninggal dunia pada 13 September dan punca kematiannya adalah kecederaan otak anoksik disebabkan serangan jantung dan jangkitan COVID-19," menurut MOH. 

"MOH mengucapkan takziah sedalam-dalamnya kepada keluarga pesakit." 

Kecederaan otak anoksik berlaku apabila otak tidak menerima oksigen. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan