Skip to main content

Singapura

Kanak-kanak perempuan 10 tahun maut susuli kebakaran rumah kedai River Valley

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak perempuan 10 tahun maut susuli kebakaran rumah kedai River Valley

Keadaan semasa kebakaran di rumah kedai River Valley Road pada 8 April 2025. (Gambar: Chan Teck Hock)

SINGAPURA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia pada Selasa (8 Apr) selepas rumah kedai di River Valley Road terbakar.

Rumah kedai itu juga merupakan tempat di mana kelas pendidikan dan pengayaan diadakan bagi kanak-kanak.

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam mengesahkan kematian itu semasa ditemui media di Lapangan Terbang Changi bagi menyambut kepulangan Kontinjen Operasi Lionheart yang dikerahkan bagi usaha menyelamat mangsa gempa di Myanmar.

Polis menyatakan dalam kenyataannya pada petang Selasa bahawa seramai 22 orang - enam dewasa dan 16 kanak-kanak - dikejarkan ke beberapa hospital selepas kebakaran itu berlaku.

Para mangsa dewasa itu berusia antara 23 hingga 55 tahun, manakala kanak-kanak yang dibawa ke hospital berumur enam hingga 10 tahun.

Polis menyatakan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu kemudian meninggal dunia di salah sebuah hospital itu.

"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.

"Siasatan polis masih dijalankan."
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita