Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kanak-kanak kurang cemas dapatkan suntikan dengan bantuan VR

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2022 05:41PM Dikemas Kini : 18 May 2022 12:12AM

SINGAPURA: Satu kajian tempatan mendapati realiti maya (VR) boleh digunakan untuk mengalihkan perhatian kanak-kanak agar tidak berasa cemas semasa mendapatkan imunisasi.

Kajian yang pertama seumpama itu melibatkan 30 kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun di Poliklinik Sengkang.

Ada rancangan untuk menggunakan teknologi itu bagi vaksinasi COVID-19.

Hasil kajian berkenaan menunjukkan mereka tidak begitu rasa sakit dan berasa kurang cemas berbanding kanak-kanak lain.

Rasa cemas ibu bapa juga didapati berkurangan apabila anak mereka menggunakan teknologi VR. 

Kajian tersebut mendapati lebih 70 peratus kanak-kanak lebih sedia untuk datang bagi janji temu imunisasi seterusnya.

SingHealth menyatakan rancangan sedang dilakar untuk meluaskan kajian rintis itu.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan