Kanak-kanak harus terus dapatkan dos ketiga vaksin COVID-19 selepas setahun: MOH
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) terus menyarankan supaya kanak-kanak berusia enam bulan dan ke atas mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, setahun selepas dos terakhir mereka.
MOH menyatakan demikian sebagai mengulas satu tinjauan tempatan yang mendakwa, dua dos vaksin mRNA sudah cukup untuk melindungi kanak-kanak.
Menurut kementerian itu lagi, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada dimasukkan ke hospital, naik kepada 73 peratus sekiranya menerima tiga dos vaksin. Ini berbanding 66 peratus dengan hanya dua dos vaksin.
MOH memetik data tempatan yang melibatkan lebih 250,000 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun.
Golongan yang mudah jatuh sakit juga digalakkan mendapatkan dos tambahan tahun ini.

Sumber : CNA/NY/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.