Kanak-kanak di 2 prasekolah akan jalani saringan selepas kakitangan didiagnos hidap TB
Anggaran Waktu Membaca:
Prasekolah MapleBear di Toa Payoh (kiri) dan MindChamps di East Coast. (Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Kanak-kanak dari dua prasekolah akan menjalani saringan bagi penyakit batuk kering (tuberculosis atau TB) selepas seorang kakitangan didapati dijangkiti penyakit TB aktif, menurut jurucakap dari Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) pada Selasa (13 Ogos).
Kanak-kanak di MindChamps Preschool di East Coast akan menjalani saringan pada Selasa, manakala mereka dari MapleBear Toa Payoh akan disaring pada Jumaat (15 Ogos).
CDA, yang menyatakan ia dimaklumkan mengenai diagnosis tersebut pada 15 Julai, tidak mendedahkan jumlah kanak-kanak yang akan menjalani saringan.
Namun demikian, ia memberitahu Mediacorp bahawa sesiapa yang mempunyai "kontak rapat dan berpanjangan" dengan individu yang didiagnos itu akan disaring.
Pengesanan kontak dimulakan selepas ujian makmal mengesahkan diagnosis TB itu.
CDA juga menjalankan lawatan tapak bagi menilai keadaan dan mengenal pasti kelas, kakitangan dan kumpulan yang memerlukan saringan.
Agensi itu menambah bahawa kakitangan itu yang didiagnos "segera" sudah memulakan rawatan TB, dan diberikan cuti sakit untuk mencegah penularan lanjut.
Kakitangan tersebut sedang beransur pulih, tidak berjangkit dan terus menerima rawatan, menurut CDA.
Mediacorp sudahpun menghubungi kedua-dua prasekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah kanak-kanak yang terlibat.
Mereka yang menghidap penyakit TB aktif biasanya tidak berjangkit dalam masa dua minggu selepas rawatan bermula, menurut agensi itu.
Dalam jawapannya kepada Mediacorp, CDA menyatakan bahawa penyakit TB adalah endemik di Singapura, tetapi ia boleh diubati dan dicegah.
Janji temu dan X-ray dada di Pusat Pemeriksaan Batuk Kering Nasional akan diatur untuk kontak yang memerlukan ubat pencegahan bagi mengurangkan risiko penyakit TB aktif.
Pusingan kedua saringan akan diadakan di MapleBear Toa Payoh pada pertengahan September, 10 minggu selepas tarikh pendedahan terakhir.
Ini selaras dengan garis panduan kebangsaan dan antarabangsa, menurut agensi itu.
"Masa ini membantu mengesan jangkitan yang mungkin tidak muncul dalam ujian pertama untuk MapleBear Toa Payoh," menurut CDA.
Ia menambah bahawa hanya akan ada satu saringan bagi orang yang dikenal pasti di MindChamps PreSchool East Coast disebabkan "perbezaan dalam tempoh pendedahan".
Menjawab pertanyaan oleh Mediacorp mengenai protokol sedia ada, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) menyatakan bahawa apabila terdapat sebarang kes penyakit TB yang diketahui atau disyaki, prasekolah dikehendaki segera memaklumkan ECDA, ibu bapa dan CDA.
Langkah-langkah kebersihan, pembersihan dan pembasmian kuman untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan semua kanak-kanak dan kakitangan juga mesti dilaksanakan, menurut ECDA.
"Sebagai sebahagian daripada protokol pemantauan kesihatan mereka, prasekolah juga menjalankan pemeriksaan suhu dan kesihatan harian ke atas semua kanak-kanak, kakitangan, dan pelawat semasa ketibaan, dan tidak boleh menerima mana-mana individu yang tidak sihat atau menunjukkan gejala penyakit berjangkit," tambah ECDA.
Pada Disember 2019, satu kes penyakit TB aktif ditemui di PCF Sparkletots Bukit Batok.
Pada 2016, kanak-kanak prasekolah di Little Greenhouse's Bukit Batok perlu disaring bagi penyakit TB yang terpendam (latent) selepas seorang guru didiagnos menghidap penyakit tersebut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.