Kanak-kanak dengan janji temu sedia ada boleh terima vaksin COVID-19 bersama adik-beradik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Adik-beradik kepada kanak-kanak yang sudah mempunyai janji temu sedia ada untuk menerima vaksin COVID-19, akan dibolehkan untuk menerima suntikan itu pada hari yang sama tanpa membuat sebarang janji temu.
Demikian didedahkan Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung pada Khamis (3 Nov).
Aturan baru itu akan disediakan dari Isnin sehingga Khamis, bermula 7 November, menurut Encik Ong dalam satu catatan di akaun Facebooknya.
Ini akan "memudahkan keluarga dengan lebih daripada satu anak," tambah beliau.
Menurut Encik Ong, para ibu bapa perlu membawa dokumen-dokumen pengenalan anak-anak mereka untuk berdaftar dan tiba di pusat vaksinasi selewat-lewatnya pukul 5.30 petang pada hari yang ditetapkan.
Aturan serupa, yang mana adik-beradik dibenarkan mendapatkan vaksin tanpa janji temu bagi kanak-kanak berusia 5 sehingga 11 tahun, dikuatkuasakan pada Januari 2022. Pengumuman pada Khamis itu merangkumi kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 4 tahun juga.
Singapura mula menawarkan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak dalam kumpulan usia tersebut pada 25 Oktober.

Encik Ong turut berkata program utama vaksin bagi kanak-kanak pada usia muda itu, mendapat sambutan yang baik.
Seramai 14,000 kanak-kanak di antara usia 6 bulan dengan 4 tahun sudah melakukan pendaftaran awal atau menerima vaksin Moderna/Spikevax.
Manakala, 20,000 kanak-kanak antara usia 5 dengan 11 tahun sudah melakukan pendaftaran awal atau menerima vaksin penggalak Pfizer-BioNTech/Comirnaty.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.