Kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah diberi keutamaan di prasekolah pengendali utama
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: TODAY
SINGAPURA: Sejak Januari tahun ini, kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah diberi keutamaan untuk mendaftar dengan pengendali utama prasekolah, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Jumaat (3 Mac).
Ini meliputi kanak-kanak dari keluarga dengan pendapatan bulanan kasar isi rumah sehingga S$6,000.
Keluarga dengan pendapatan bulanan kasar isi rumah sebanyak S$3,000 dan ke bawah, serta mereka yang dibantu KidSTART dan Program Pendampingan Prasekolah, akan diberi lebih banyak keutamaan.
Lima pengendali utama itu ialah PCF Sparkletots, My First Skool, M.Y World Preschool, Skool4Kidz dan E-Bridge Pre-school. Secara keseluruhan, pengendali-pengendali tersebut menguruskan sekitar 600 prasekolah.
Yuran bulanan di prasekolah-prasekolah itu dihadkan pada S$680 bagi jagaan sehari kanak-kanak, S$1,235 bagi jagaan sehari bayi dan S$150 bagi tadika, tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Lebih ramai kanak-kanak juga akan disertakan ke dalam program KidSTART, yang akan dilanjutkan ke Jalan Besar, Toa Payoh, Sengkang, Hougang dan Serangoon pada tahun-tahun mendatang.
Ini menyasarkan keluarga-keluarga dengan pendapatan bulanan kasar isi rumah sebanyak S$2,500 dan ke bawah atau pendapatan per kapita S$650 ke bawah.
Program itu, yang diperkenalkan pada 2016, membantu ibu bapa berpendapatan rendah dengan ilmu dan kemahiran bagi pembangunan, kesihatan dan nutrisi anak-anak mereka, sejak ibu mereka hamil sehingga anak itu berusia enam tahun.
Ia sudah membantu lebih 6,200 kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah daripada keluarga berpendapatan rendah dan menyasarkan untuk menyertakan 80 peratus kanak-kanak daripada keluarga-keluarga yang layak, naik daripada 20 peratus sekarang ini, apabila ia dilanjutkan ke seluruh negara menjelang 2026.
Ia juga akan menjadi lebih mudah untuk keluarga-keluarga mendapat tempat dalam pusat intervensi awal bagi kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun dengan keperluan pembangunan.
Sebanyak 1,400 tempat akan ditambah dalam dua tahun akan datang di pusat-pusat baru yang menawarkan Program Intervensi Awal bagi Bayi dan Kanak-Kanak serta melalui program penyedia privet.
Program kedua, yang dipanggil, Usaha Rintis Dipertingkat bagi Penyedia Intervensi Privet, menawarkan satu lagi pilihan bagi kanak-kanak yang memerlukan intervensi awal untuk mendaftar di pusat-pusat privet yang dilantik ECDA pada kadar bersubsidi.
Mulai 1 Julai, ECDA juga akan memperkenalkan had pada jumlah maksimum yang perlu dibayar keluarga bagi program tersebut.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.