Kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun akan terima tokokan $100 kredit ActiveSG
Anggaran Waktu Membaca:

Maklumat pendaftaran lebih 100 anggota ActiveSG mungkin diakses oleh 84 anggota lain yang mempunyai akaun untuk anak-anak mereka.
SINGAPURA: Demi menggalak lebih ramai kanak-kanak bersukan, mereka yang berusia antara empat hingga 12 tahun akan menerima kredit tambahan sebanyak S$100 di dalam akaun ActiveSG mereka pada 1 Mei.
Kanak-kanak yang dilahirkan antara 2011 dengan 2019, merupakan rakyat atau penduduk tetap Singapura dan menjadi ahli ActiveSG layak menerima kredit tersebut.
"Kami melihat nilai pada pembelajaran sepanjang hayat, termasuk dalam sukan serta penyertaan aktif dan senaman. Kami ingin memupuk minat dan tabiat baik ini sejak usia lebih muda lagi," kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong pada Isnin (6 Mac) semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS).
Sejak 2014, kredit S$100 yang diagihkan sekali sahaja sudah diberikan kepada semua rakyat dan penduduk tetap Singapura yang mendaftar sebagai ahli ActiveSG.
Tokokan itu akan ditambah secara automatik ke dalam akaun ActiveSG bagi kanak-kanak yang layak.
Mereka yang belum menjadi ahli ActiveSG, namun mendaftar sebagai seorang ahli antara 1 Mei dengan 31 Oktober, akan menerima kredit berjumlah S$200.
Jumlah itu merangkumi S$100 kerana mendaftar dan lagi S$100 hasil tokokan tersebut.
Kredit itu boleh digunakan untuk mengimbangi kos program-program seperti akademi dan kelab ActiveSG, liga dan pertandingan serta membayar yuran masuk untuk ke kolam renang dan bagi tempahan kemudahan.
Untuk memohon bagi keahlian ActiveSG, individu perlulah berusia sekurang-kurangnya 12 tahun.
Namun, bagi yang berusia di bawah 12 tahun, mereka layak untuk keahlian tambahan. Mereka akan berkongsi akaun bersama ibu bapa atau penjaga mereka.
"Dengan ini, saya berharap ia akan menggalak lebih ramai kanak-kanak untuk keluar bermain bersama rakan-rakan, jiran tetannga dan keluarga mereka selain di luar penyertaan sukan sekolah yang berstruktur," kata Encik Tong.
Beliau menambah bahawa kementerian itu sedang bekerja keras untuk membangunkan lebih banyak kemudahan sukan yang lebih baik di merata Singapura.
"Kami akan meningkatkan akses dan juga giat mempelbagaikan program di kemudahan-kemudahan ini. Harapan kami adalah supaya semua rakyat Singapura akan mempunyai peluang yang mencukupi untuk menikmati, melibatkan diri dan cemerlang dalam sukan," kata Encik Tong.
Kredit ActiveSG boleh disimpan dan digunakan pada tahun seterusnya sekiranya ahli menggunakan kredit tersebut sekurang-kurangnya sekali dalam tahun tersebut, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) secara berasingan.
Pendaftaran bagi keahlian boleh dibuat di laman myactivesg.com atau melalui aplikasi ActiveSG.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.