Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kanak-kanak berdiri di belebas tingkap flat di Hougang berjaya diselamatkan

Seorang kanak-kanak yang berdiri di belebas tingkap sebuah flat HDB di Hougang berjaya diselamatkan oleh seorang pekerja yang menaiki sebuah kren pengangkut pada pagi Ahad (3 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak berdiri di belebas tingkap flat di Hougang berjaya diselamatkan

(Petikan dari video tular di WhatsApp)

Diterbitkan : 04 Jan 2021 02:51PM Dikemas Kini : 04 Jan 2021 02:53PM

SINGAPURA: Seorang kanak-kanak yang berdiri di belebas tingkap sebuah flat HDB di Hougang berjaya diselamatkan oleh seorang pekerja yang menaiki sebuah kren pengangkut pada pagi Ahad (3 Jan).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pada Isnin (4 Jan) bahawa ia menerima panggilan meminta bantuan di Blok 243 Hougang Street 22 pada kira-kira pukul 7.50 pagi pada 3 Jan.

"Seorang kanak-kanak yang berdiri di luar tingkap sebuah unit di tingkat tiga diselamatkan oleh seorang pekerja yang menaiki kren pengangkut sebelum SCDF tiba di tempat kejadian," dedah SCDF.

Dalam rakaman video yang tersebar di media sosial dan WhatsApp, seorang kanak-kanak dilihat berdiri pada bahagian belebas di luar tingkap sambil berpaut pada buluh untuk menyidai pakaian sedang pekerja berkenaan menghampiri kanak-kanak itu dengan menaiki kren pengangkut.

Pada satu ketika, kanak-kanak itu melepaskan genggamannya pada salah satu buluh tersebut.

Apabila pekerja itu menghampiri kanak-kanak tersebut, beliau mengangkatnya dari belebas berkenaan lalu meletakkannya dalam kren pengangkut. Keberaniannya itu mendapat tepukan dan sorakan orang ramai.

Menurut SCDF, kanak-kanak itu diperiksa oleh seorang anggota paramedik dan tidak dibawa ke hospital.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan