Kanak-kanak 5 tahun, wanita ditemui mati dekat Bukit Batok Nature Park
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan seorang wanita ditemui mati berdekatan Bukit Batok Nature Park pada awal pagi ini (14 Nov).
SINGAPURA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan seorang wanita ditemui mati berdekatan Bukit Batok Nature Park pada awal pagi ini (14 Nov).
Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kes dua kematian luar biasa itu dekat Lorong Sesuai pada sekitar 6.40 pagi.
Kanak-kanak lelaki tersebut dijumpai dalam sebuah kereta sementara wanita berusia 41 tahun itu ditemui terbujur berdekatan, tambah polis.
Mereka disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Polis sedang menyiasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.