Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kanak-kanak 5-11 tahun boleh ambil vaksin COVID-19 tanpa janji temu antara Isnin dengan Khamis

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2022 06:44PM Dikemas Kini : 24 Jan 2022 09:19PM


SINGAPURA: Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dibenarkan datang ke mana-mana pusat vaksinasi pediatrik tanpa membuat janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 antara Isnin dengan Khamis.

Aturan itu akan bermula esok (25 Jan), ini bermakna ibu bapa dan pengasuh tidak perlu menunggu selama lima hari bekerja untuk menerima pautan unik melalui SMS untuk membuat pendaftaran.

Namun, pendaftaran masih perlu dibuat bagi janji temu pada hari Jumaat hingga Ahad, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) dalam kenyataan media hari ini (24 Jan).

Sebelum ini, hanya kanak-kanak yang menemani adik-beradik mereka dibenarkan datang ke pusat vaksinasi untuk menerima suntikan tanpa membuat janji temu di bawah aturan "adik-beradik tanpa janji temu" pada 10 Januari.

Ibu bapa dan pengasuh yang sudah merancang untuk mendapatkan suntikan vaksin buat anak mereka di bawah aturan itu boleh terus datang bersama ibu bapa ke mana-mana pusat vaksinasi kanak-kanak sebelum pukul 7.00 malam, menurut MOE dan ECDA.

Mereka juga harus membawa kad pengenalan kanak-kanak itu atau bentuk pengenalan diri yang lain seperti sijil kelahiran atau pasport ataupun SingPass kanak-kanak yang akan menerima suntikan bagi tujuan pengesahan. Salinan borang kebenaran ibu bapa yang sudah ditandatangani juga diperlukan.

“Pusat vaksinasi pada masa ini tidak dapat menampung aturan berkenaan pada hari Jumaat hingga Ahad disebabkan permintaan tinggi dalam tempahan janji temu pada hari-hari tersebut,” menurut MOE dan ECDA.

"Kami meminta kerjasama dan pemahaman ibu bapa dan pengasuh untuk mematuhi tarikh dan waktu mereka buat aturan ini untuk memastikan bahawa kami dapat memberikan proses vaksinasi yang lancar dan teratur untuk semua anak-anak kami.”

MOE dan ECDA juga menggesa ibu bapa yang ingin mengikut aturan tersebut supaya membatalkan janji temu yang sudah didaftarkan sebelum itu.

Setakat 23 Januari, sekitar 160,000 kanak-kanak golongan usia lima hingga 11 tahun sudah mendapat suntikan dos pertama mereka dan lebih 13,000 sudah mendapat dos kedua.

Sebanyak 70 peratus murid sekolah rendah kendalian Kementerian Pendidikan (MOE) sudah juga mendaftar bagi vaksinasi mereka.

Pihak berkuasa sekali lagi menggesa ibu bapa supaya
membenarkan anak-anak mereka mendapatkan suntikan vaksin "secepat mungkin" memandangkan jumlah kes tempatan COVID-19 sedang meningkat.

Ini bagi membolehkan lebih banyak kegiatan sekolah disambung semula.

Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa