Kanak-kanak 3 tahun antara 8 cedera dalam nahas Marine Parade libatkan 2 bas SBS Transit
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Singapore Incidents/Instagram)
SINGAPURA: Enam penumpang bas yang berusia antara tiga hingga 73 tahun serta seorang pejalan kaki berusia 72 tahun dikejarkan ke hospital menyusuli kemalangan di Marine Parade Road pada hujung minggu lalu.
Seorang penumpang lelaki yang berusia 61 tahun pula cedera ringan dan enggan dibawa ke hospital, menurut pihak polis.
Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp pada Isnin (12 Dis), polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai nahas tersebut pada tengah hari Sabtu (10 Dis), yang melibatkan dua bas, sebuah kereta dan seorang pejalan kaki di Marine Parade Road, menghala ke Bedok South Avenue 1.
Kedua-dua bas tersebut dikendalikan oleh syarikat pengangkutan awam, SBS Transit.
Cik Grace Wu, naib presiden (gred khas) pengalaman pelanggan dan komunikasi SBS Transit, memberitahu Mediacorp bahawa "seorang pejalan kaki secara tiba-tiba melangkah ke jalan raya" dan beberapa penumpang dari kedua-dua bas berkenaan mengalami kecederaan menyusuli nahas tersebut.
Kedua-dua pemandu bas dengan segera memberi bantuan kepada penumpang yang cedera dan bantuan perubatan turut dihulurkan, tambah Cik Wu.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Mediacorp bahawa empat individu dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH), dua dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).
Rakaman video yang dimuat naik ke akaun Instagram Singapore Incidents pada 11 Disember lalu menunjukkan kesan kemalangan itu, dengan salah sebuah bas merempuh bahagian belakang bas yang lain di depan sebuah perhentian bas.
Ada ramai orang di perhentian bas tersebut dan beberapa kenderaan kecemasan turut dilihat di lorong itu.
Cik Wu dari SBS Transit menambah: "Kami sudahpun menghubungi empat penumpang dan (kami) masih cuba menghubungi penumpang lain untuk menghulurkan bantuan (kepada mereka) jika diperlukan."
Syarikat tersebut sedang membantu polis dalam siasatan yang dijalankan terhadap kemalangan berkenaan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.