Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat 11 blok HDB Sengkang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun kini dirawat di hospital setelah terjatuh dari tingkat 11 sebuah blok HDB di Sengkang pada pagi Ahad (25 Nov).
(Gambar: Mexx Tekani/Facebook)
SINGAPURA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun kini dirawat di hospital setelah terjatuh dari tingkat 11 sebuah blok HDB di Sengkang pada pagi Ahad (25 Nov).
Dia dipercayai berada dalam keadaan stabil.
Polis menyatakan, pihaknya dimaklumkan mengenai satu kes terjatuh dari tempat tinggi di 182A Rivervale Crescent pada jam 10.00 pagi pada Ahad (25 Nov). Kanak-kanak itu menurutnya dalam keadaan sedar semasa di bawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).
Satu rakaman mengenai insiden itu dimuat naik di Facebook, menunjukkan orang ramai berada di tempat kejadian. Beberapa orang boleh dilihat sedang di sekeliling budak lelaki itu, yang kedengaran sedang menangis.
Siasatan polis masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.