Kanada dan SG umum rancangan meterai 'perjanjian mobiliti belia'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Jumaat (8 Sep) menggulung lawatan kerja dua hari ke Singapura dengan kedua-dua negara mengumumkan rancangan bagi "perjanjian mobiliti belia".
Ini akan membantu memupuk hubungan lebih kukuh antara rakyat kedua-dua negara dengan, di samping menggalak pertukaran silang budaya dengan memudahkan golongan muda dari kedua-dua negara untuk bekerja dan melancong di negara masing-masing, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Encik Trudeau bertemu Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat (8 Sep) dan kedua-dua pemimpin itu saling mengesahkan persahabatan yang erat dan muhibah antara kedua-dua negara, menurut MFA.
Hubungan antara Singapura dengan Kanada "disokong oleh pandangan bersama mengenai isu-isu utama seperti komitmen terhadap sistem berbilang pihak berlandaskan peraturan dan kedaulatan undang-undang serta mengiktiraf betapa pentingnya perdagangan bebas", tambah kementerian itu.
Dalam pertemuan mereka di Istana, kedua-dua perdana menteri membincangkan perkembangan antarabangsa dan bagaimana Singapura dan Kanada boleh bekerjasama untuk menegakkan sistem berbilang pihak berlandaskan peraturan sambil memacu pertumbuhan ekonomi "untuk kebaikan rakyat kita", menurut MFA.
PM Lee turut mengalu-alukan pelibatan Kanada yang semakin mendalam dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya itu atas hubungan kerjasama strategik ASEAN-Kanada yang semakin meningkat baru-baru ini.
Encik Trudeau berkata pada Rabu bahawa Kanada merancang untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas dengan perkumpulan serantau itu.
MFA seterusnya menyifatkan hubungan Singapura dengan Kanada sebagai hubungan yang sudah terjalin sejak sekian lama dan kerjasama dua hala juga semakin berkembang antara kedua-dua negara.
Kementerian itu turut merujuk kepada Memorandum Persefahaman (MoU) Keselamatan Siber Kanada-Singapura yang meliputi pertukaran maklumat dan kemahiran, antara lain.
Rundingan juga sudah dimulakan mengenai perjanjian keselamatan am untuk memudahkan pertukaran pertahanan yang lebih mendalam dan kerjasama antara Singapura dan Kanada.
Kedua-dua negara juga sedang membincangkan cara-cara untuk memajukan kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Lawatan terakhir Encik Trudeau ke Singapura adalah pada 2018, yang turut merangkumi lawatan untuk memberi penghormatan kepada nenek moyangnya Esther Bernard, yang plaknya boleh ditemui di Fort Canning.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.