Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kampus Kesihatan Woodlands siasat rakaman tanpa izin pesakit COVID-19 di S'pore Expo

Kampus Kesihatan Woodlands (WHC) sedang menyiasat rakaman tidak dibenarkan yang menunjukkan para pesakit COVID-19 menyertai senaman beramai-ramai di kemudahan jagaan masyarakat, Singapore Expo, menurutnya pada Isnin (18 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Kampus Kesihatan Woodlands siasat rakaman tanpa izin pesakit COVID-19 di S'pore Expo

Petikan gambar daripada sebuah video yang menunjukkan pekerja asing melakukan senaman tarian Singapore Expo.

Diterbitkan : 18 May 2020 09:36PM Dikemas Kini : 18 May 2020 09:38PM

SINGAPURA: Kampus Kesihatan Woodlands (WHC) sedang menyiasat rakaman tidak dibenarkan yang menunjukkan para pesakit COVID-19 menyertai senaman beramai-ramai di kemudahan jagaan masyarakat, Singapore Expo, menurutnya pada Isnin (18 Mei).

Siasatan dijalankan selepas satu video menunjukkan para pekerja jagaan kesihatan memakai peralatan perlindungan peribadi memimpin para pesakit dalam satu senaman tarian, tersebar secara meluas di media sosial.

Singapora Expo adalah satu di antara beberapa kemudahan jagaan masyarakat bagi para pesakit COVID-19 termasuk pekerja asing, serta mereka yang sihat secara klinikal atau mengalami gejala ringan. Kesemua 10 dewan di Singapore Expo diubah bagi tujuan itu dan ia boleh menampung keseluruhan 8,000 katil.

Perlindungan perubatan bagi pelbagai dewan tersebut disediakan oleh WHC, SingHelath dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, WHC menyatakan bagi merahsiakan identiti pesakit, peraturan terhadap rakaman dan penggambaran ditetapkan di kawasan-kawasan pesakit.

"Kami sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas kejadian tersebut dan akan terus menekankan kepada semua anggota kakitangan bahawa penggambaran tanpa izin mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan pesakit tidak dibenarkan," menurut WHC.

"Kami juga sudah memastikan bahawa ini disampaikan dengan jelas semasa taklimat kakitangan sebelum mereka mula bekerja di CCF di Singapore Expo. Kami akan turut bekerjasama dengan rakan kami di CCF di Singapore Expo untuk menegaskan lagi peraturan ini kepada pekerja dan relawan mereka."

WHC menambah sesi senaman beramai-ramai seperti yang digambarkan dalam video berlangsung selama 15 minit dan dilakukan dua kali sehari. Penyertaan tidak wajib dan sejauh ini, responsnya adalah "positif".

"Pasukan jagaan kesihatan berada di sana untuk memantau keadaan kesihatan dan pernafasan pesakit. Tahap oksigen mereka diukur selepas senaman untuk membantu mengenal pasti sesiapa yang mungkin memerlukan lebih banyak perhatian perubatan," jelas WHC.

"Melalui senaman ini, kami juga berharap dapat berkongsi panduan gaya hidup sihat yang dapat terus diamalkan oleh pesakit bahkan setelah mereka keluar. Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan dan kawalan jangkitan, kami juga selalu mengingatkan semua orang tentang langkah-langkah jarak selamat." 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan