Skip to main content

Singapura

Kampung Admiralty menang Anugerah Bangunan Terbaik Sedunia

Kampung Admiralty, kejiranan persaraan pertama dibangunkan di Singapura memenangi Anugerah Bangunan Terbaik Sedunia tahun ini di Festival Seni Bina Sedunia di Amsterdam.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Dec 2018 03:44PM Dikemas Kini : 02 Dec 2018 10:26PM

SINGAPURA: Kampung Admiralty, kejiranan persaraan pertama dibangunkan di Singapura memenangi Anugerah Bangunan Terbaik Sedunia tahun ini di Festival Seni Bina Sedunia di Amsterdam.

Projek tersebut mengalahkan 535 projek lain dari 57 negara, di salah satu majlis anugerah paling berprestij dalam bidang seni bina.

Keputusan diumumkan di acara tersebut Jumaat (30 Nov).

Projek pembangunan campuran yang dibangunkan arkitek-arkitek WOHA itu mempunyai pelbagai kemudahan seperti pasar raya, pusat rawatan, taman masyarakat, pusat jagaan kanak-kanak, dan pusat penjaja.

Pada September lalu, projek itu memenangi dua anugerah Lembaga Perumahan dan Pembangunan HDB dalam bidang reka bentuk dan binaan.

Projek yang terletak bersebelahan dengan stesen MRT Admiralty itu mempunyai sekitar 100 unit flat untuk warga tua.

Ia dipuji oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Amanat Hari Kebangsaannya dan bertujuan menggalak kehidupan aktif di kalangan warga tua serta merapatkan ikatan antara generasi. 

Sumber : CNA/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita