'Kami takut': Penumpang kongsi detik cemas selamatkan diri dari kebakaran kapal pesiaran World Legacy
Anggaran Waktu Membaca:
Tangkapan skrin video penumpan gdi atas kapal World Legacy, apabila kebakaran berlaku pada 20 Februari 2025.
SINGAPURA: Cik May Lau dikejutkan oleh ketukan kuat pada pintu biliknya pada awal pagi Jumaat (20 Feb). Beliau segera menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
"Ketukan itu sangat kuat, saya tahu ini bukan latihan kecemasan," katanya.
"Mereka suruh kami keluar cepat. Saya boleh bau asap dan tahu ada masalah. Kami tidak sempat ambil barang-barang."
Kebakaran berlaku di tingkat sembilan kapal World Legacy ketika ia dalam perjalanan ke Singapura. Anggota bomba marin Singapura (SCDF) berjaya memadamkan kebakaran tersebut. Seorang pekerja kapal warga Indonesia disahkan meninggal dunia.
Semua 271 penumpang selamat dikeluarkan. Empat orang dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, manakala yang lain dirawat oleh paramedik di tempat kejadian. Daripada semua penumpang, 139 orang adalah warga Singapura.
Video menunjukkan penumpang berkumpul dalam kumpulan besar. Pekerja kapal meminta mereka bertenang dan memakai jaket keselamatan. Ada penumpang yang dilihat basah kuyup.
Seorang penumpang bernama Jonathan berkata beliau tersedar sekitar pukul 4.00 pagi disebabkan bau asap dan bunyi penggera kebakaran. Beliau bimbang tentang anggota kumpulannya yang masih muda.
"Kami takut. Saya dan jurulatih perlu menjaga anak-anak muda ini. Ini kali pertama mereka lalui perkara seperti ini," katanya.
Cik Lau dan suaminya dibawa ke tingkat tujuh untuk memakai jaket keselamatan. "Apabila saya tengok ke atas, saya nampak asap. Masa itu saya mula berasa takut," tambahnya.
Seorang lagi penumpang, Encik Ng, berkata bau asap sangat kuat. "Kami tidak nampak api, cuma asap sahaja. Anggota bomba menggunakan banyak air sehingga seluruh permaidani lencun."
Penumpang kemudian dibawa menaiki feri ke terminal HarbourFront.
Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari kawasan ruang santai di tingkat sembilan. Kapal itu kini berada di kawasan pelabuhan khas berhampiran Pulau Semakau untuk siasatan lanjut.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.