Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Kami tahu pembeli di Singapura terkesan": IKEA turunkan harga lebih 140 produk

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada September lalu, IKEA Singapura mengurangkan harga 144 produk, dengan rancangan untuk mengurangkan harga bagi lebih 60 produk lagi menjelang 1 April 2024.

Ia dilakukan setelah IKEA mengumumkan minggu lalu bahawa ia akan mengurangkan harga beberapa produk.

"Saya rasa 2023 adalah tahun di mana kami tumpukan kepada harga dan mula mengurangkannya lagi," kata ketua eksekutif inter-IKEA Group Jon Abraham Ring kepada Bloomberg, mengenai harga borong yang dikenakan kepada penjual seperti IKEA Singapura.

Inter-IKEA Group adalah francais global yang bertanggungjawab atas rangkaian dan bekalan untuk 12 francais IKEA di seluruh dunia.

Pada awal 2023, syarikat gergasi perabot itu menaikkan harga disebabkan kenaikan kos pada rantaian bekalannya, tetapi sejak Mei lalu, harga mula dikurangkan memandangkan "harga bahan mentah, kos pengangkutan menuju ke arah yang betul", Encik Ring memberitahu Bloomberg.

Ini menyebabkan harga merosot sebanyak 20 peratus bagi produk-produk seperti laci MALM berwarna putih, menurut pengarah runcit IKEA Singapura Gerard Jansen pada Selasa (17 Okt).

Laci itu kini berharga S$199, berbanding S$249 sebelumnya. Produk-produk lain yang mengalami pengurangan harga termasuk unit rak Kallax - daripada S$109 kepada S$89 - sementara kotak Samla sebesar 45 liter kini berharga S$8.

Menurut Encik Jansen, tinjauan IKEA 'Life at Home' 2022 mendedahkan bahawa 74 peratus daripada 1000 responden rakyat Singapura menyuarakan kebimbangan tentang isu kewangan di rumah mereka.

"Itulah sebab kami berusaha untuk mengekalkan harga serendah mungkin bagi produk-produk yang penting dan laris dijual jadi peyimpanan itu bermakna bagi penduduk Singapura yang ingin mendapatkan yang terbaik buat rumah mereka," katanya.

Walaupun IKEA Singapura menyaksikan penurunan dalam hasil tahun lalus, merosot 2.0 peratus, ketika ia menutup tahun kewangannya pada 31 Ogos dengan perolehan sebanyak S$384.2 juta, ia menekankan komitmennya untuk "melabur dalam menurunkan harga jika boleh untuk rakyat Singapura".

Encik Jansen menambah: "Kami berpegang pada janji kami untuk menjadi peruncit kelengkapan rumah yang paling berpatutan, mudah diakses dan mampan di negara ini."
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan