'Kami lembab', kata CEO EZ-Link; bertegas perlu kekal relevan
Dalam wawancara dengan Mediacorp baru-baru ini, Encik Lee mendedahkan bahawa ia semakin sukar dan mencabar untuk memastikan penyedia sistem bayaran elektronik kekal relevan.
(Gambar: EZ-Link)
SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif EZ-Link, Nicholas Lee berkata bahawa syarikatnya ketinggalan di belakang para pesaingnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada syarikatnya turut mengusahakan pembaharuan, sama seperti para pesaingnya dalam pasaran.
Dalam wawancara dengan Mediacorp baru-baru ini, Encik Lee mendedahkan bahawa ia semakin sukar dan mencabar untuk memastikan penyedia sistem bayaran elektronik kekal relevan.
Sebelum ini, EZ-Link dan NETS merupakan peneraju dalam pasaran tersebut.
Sungguhpun demikian, Encik Lee menjelaskan bahawa syarikatnya tidak berniat untuk bersaing dan sebaliknya, ingin terus kekal relevan kepada keperluan para pengguna.
Syarikat itu mempunyai rancangan untuk menawarkan khidmat pembayaran digital menjelang tahun depan.
Beliau mendedahkan bahawa kakitangannya sedang dalam proses menyatukan sistem EZ-Link dengan sistem berdasarkan pengkomputeran awan.
Dengan itu, para pengguna EZ-Link dapat menggunakan kad kredit untuk pembayaran online.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.