'Kami akan pimpin SG ikut cara sendiri': PM Lawrence Wong
Perdana Menteri baharu Singapura Lawrence Wong berkata gaya kepimpinan pasukannya akan berbeza dengan generasi sebelumnya.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdana Menteri baharu Singapura Lawrence Wong berkata gaya kepimpinan pasukannya akan berbeza dengan generasi sebelumnya.
Menurutnya, pemerintah beliau akan memimpin Singapura ikut cara tersendiri dan mereka akan terus berfikiran jauh dan berani sedang mereka terus melakarkan kisah pembangunan Singapura.
Encik Wong yang mengekalkan portfolio Menteri Kewangan, dilantik sebagai Perdana Menteri keempat Singapura dalam upacara angkat sumpah di Istana pada Rabu (15 Mei) malam.
Beliau berikrar untuk menyokong semua warga Singapura tidak kira titik permulaan mereka dalam kehidupan, usia atau keupayaan.
Encik Wong juga menyeru warga Singapura supaya saling menyokong antara satu sama lain untuk membina sebuah masyarakat di mana setiap rakyat adalah penting dan sebuah negara yang yang bagi setiap rakyat Singapura.
"Kami semua tahu apa ertinya melebihi jangkaan - untuk melakukan lebih daripada apa yang orang lain fikir kita mampu lakukan, atau mungkin apa yang kita sendiri fikir mampu dilakukan.
"Dan apabila keadaan menjadi sukar, kita tidak berputus asa. Kita terus tabah, dengan kepercayaan terhadap rakyat kita dan masa hadapan Singapura.
"Kami akan berusaha lebih gigih lagi, mencapai lebih jauh dan membuktikan bahawa dengan keazaman dan kerja keras, tiada cabaran yang tidak boleh kita atasi.
"Saya akan membawa semangat yang sama kepada peranan baharu ini. Ini janji saya kepada semua rakyat Singapura.
"Saya akan berkhidmat kepada anda dengan sepenuh jiwa raga saya.
"Saya tidak akan berpuas hati dengan status quo. Saya akan sentiasa mencari cara lebih baik untuk memastikan hari esok lebih baik daripada hari ini.
"Misi saya jelas - untuk terus megatasi cabaran dan mengekalkan keajaiban iaitu Singapura.
"Jadi kita boleh mencapai tahap lebih tinggi. Jadi kita boleh menjadi sinar harapan dan perpaduan untuk diri sendiri dan anak-anak kita," kata PM Wong dalam ucapannya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.