Skip to main content

Singapura

Kamera sistem hiburan dalam penerbangan 'tidak lagi aktif', menurut SIA

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) memberi jaminan kepada para penumpang bahawa fungsi kamera yang dipasang pada sebahagian sistem hiburan penerbangannya sudah dimatikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kamera sistem hiburan dalam penerbangan 'tidak lagi aktif', menurut SIA

Pesawat Singapore Airlines. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 10:37AM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 11:27AM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) memberi jaminan kepada para penumpang bahawa fungsi kamera yang dipasang pada sebahagian sistem hiburan penerbangannya sudah dimatikan.

Syarikat penerbangan itu menambah ia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menggunakan kamera-kamera berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah para penumpang mengadu di wadah media sosial melihat kamera-kamera tersebut di dalam pesawat SIA dan
menimbulkan keprihatinan tentang perlindungan privasi.

Pada Selasa (19 Feb), SIA memberitahu Mediacorp bahawa kamera itu dipasang pada perkakas sistem tersebut dan disediakan oleh pengeluar peralatan berkenaan.

"Fungsi kamera-kamera ini dimatikan dalam pesawat kami dan tidak boleh diaktifkan," menurut SIA. "Kami tidak mempunyai rancangan untuk mengaktifkan atau menghasilkan sebarang ciri bagi menggunakan kamera tersebut."

Pada Ahad (17 Feb), seorang penumpang yang dikenali sebagai Vitaly Kamluk memuat naik gambar-gambar peralatan itu di Twitter sambil meminta SIA untuk menjelaskan penggunaan kamera tersebut.

Secara keseluruhannya, 84 pesawat mempunyai kamera-kamera yang dipasang pada sistem-sistem hiburan dalam penerbangan.

Ini termasuk pesawat jenis A350-900, A380, Boeing 777-300ER dan 787-10.

Para penumpang juga menimbulkan keprihatinan bahawa kamera berkenaan mungkin digunakan oleh SIA untuk merakam atau menyimpan maklumat.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita