Skip to main content

Singapura

Kamera polis bantu hurai lebih 4,900 kes setakat Dis 2020

Setakat Disember 2020, kamera polis sudah membantu menghuraikan lebih 4,900 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Kamera polis bantu hurai lebih 4,900 kes setakat Dis 2020

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 01 Mar 2021 08:07PM Dikemas Kini : 01 Mar 2021 08:13PM

SINGAPURA: Setakat Disember 2020, kamera polis sudah membantu menghuraikan lebih 4,900 kes.

Ia adalah sebahagian daripada peranan tekonologi dipertingkat bagi transformasi Home Team dalam melindungi Singapura.

Ini sedang agensi-agensi keselamatan menangani ancaman lebih sulit di tengah-tengah kekurangan tenaga manusia.

Disifatkan sebagai pencetus perubahan, kamera polis itu membantu Singapura dalam melawan jenayah.

Sekitar 90,000 kamera sebegini sudah dipasang di lokasi awam utama seperti estet HDB, kawasan kejiranan dan tempat letak kereta.

Balai Bomba Punggol yang baru pula akan lebih menggunakan sensor dan automasi, mengesan ketersediaan bekalan kecemasan serta kenderaan sementara jadual kakitangan pula dilakukan secara automatik.

Memanfaatkan teknologi juga tidak dikecualikan bagi golongan banduan yang sedang menjalani hukuman mereka dalam masyarakat.

Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Shanmugam memberi contoh tentang bagaimana golongan banduan memanfaatkan teknologi.

"Penjara-penjara sedang membangunkan alat penjejakan yang kelihatan seperti jam tangan digital. Tidak menonjol seperti tag buku lali yang ramai orang awam tahu, mengurangkan stigma dan meningkatkan keyakinan kendiri mereka serta membantu proses penyepaduan semula ke dalam masyarakat," kata Encik Shanmugam.

Menurut Encik Shanmugam, walaupun terdapat peningkatan penggunaan teknologi, Home Team masih perlu menggajikan lebih ramai kakitangan.

Sebagai contoh, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan memerlukan tenaga manusia untuk melakukan operasi di Pelabuhan Besar Tuas dan Stesen Laluan RTS Johor Bahru-Singapura yang baru.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita