Kamera CCTV akan diwajibkan di semua prasekolah jelang Jul 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kamera Televisyen Litar Tertutup (CCTV) akan diwajibkan di semua prasekolah dan pusat-pusat intervensi awal yang dibiayai pemerintah mulai 1 Julai tahun depan dan ibu bapa akan diberi akses kepada rakaman untuk membantu siasatan "insiden serius".
Langkah ini menyusuli semakan yang dijalankan dari semasa ke semasa terhadap tahap keselamatan dan langkah keselamatan dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak, menurut Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada Khamis (31 Ogos).
Menurut ECDA, ia sudah mendampingi sektor prasekolah sejak tahun lalu dan ia memaklumkan para pengendali pada Februari tahun ini tentang rancangan untuk mewajibkan CCTV. Keputusan ini turut mengambil kira pandangan ibu bapa, pendidik dan pengendali prasekolah.
“Akses ibu bapa kepada rakaman CCTV hanya akan diberikan atas tujuan menyediakan rujukan yang objektif untuk menjelaskan maklum balas atau untuk membantu siasatan terhadap insiden serius dalam premis prasekolah. Permintaan itu haruslah munasabah,” dedah agensi itu.
Mulai 1 Jul 2024, kamera CCTV akan diperlukan di lokasi-lokasi akses utama dan kawasan-kawasan yang digunakan oleh kanak-kanak seperti bilik darjah, bilik kegiatan, kawasan bermain dalam premis dan bilik tidur bayi.
Bagi menjaga privasi pekerja dan kanak-kanak, ECDA turut mendedahkan bahawa kamera CCTV tidak akan dibenarkan di dalam tandas, bilik persalinan dan kawasan rehat untuk para kakitangan.
ECDA akan berkongsi satu set garis panduan dengan para pengendali prasekolah pada Jumaat (1 Sep).
“Lebih 60 peratus prasekolah dan 100 peratus pusat intervensi awal sudah memasang kamera CCTV di premis masing-masing. Kamera-kamera CCTV akan meningkatkan keselamatan prasekolah dengan mencegah orang yang mencurigakan atau tidak dibenarkan memasuki premis itu,” tegas ECDA.
“Jika berlaku insiden yang tidak diingini, rakaman CCTV boleh menjadi sumber bukti yang objektif dan diyakini untuk menyokong siasatan.
"Pemasangan kamera CCTV akan melengkapkan langkah sedia ada untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin di prasekolah kita supaya ibu bapa dan pendidik dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih tenang."
KEPRIHATINAN TERHADAP KAMERA CCTV
Isu CCTV di prasekolah mendapat perhatian minggu ini berikutan insiden berlaku penderaan kanak-kanak di dua prasekolah Kinderland.
Video dua guru yang dipercayai menganiaya kanak-kanak di cawangan Woodlands Mart dan Sunshine Place menjadi tular baru-baru ini.
Kedua-duanya diberkas minggu ini, dengan seorang daripada mereka didakwa pada Rabu kerana mendera seorang kanak-kanak.
Video kejadian di cawangan Woodlands Mart tersebar luas di media sosial. Seorang bekas guru Kinderland memberitahu Mediacorp bahawa beliau telah merakam rakaman itu.
Ketika itu, pusat itu hanya memasang kamera CCTV di kawasan koridor, pintu masuk dan keluar.
Kinderland Singapore mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan memasang lebih banyak CCTV di dua pusat itu, termasuk di dalam bilik darjah dan kawasan kegiatan.
ECDA menyatakan pada Khamis bahawa pemasangan kamera CCTV diwajibkan di prasekolah bukan disebabkan oleh insiden keselamatan kanak-kanak baru-baru ini.
"ECDA telah merancang langkah ini untuk sektor prasekolah sejak tahun lalu sebagai sebahagian daripada semakan kami terhadap langkah keselamatan dan tahap keselamatan dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak," tegas agensi itu.
"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira pandangan ibu bapa, pendidik dan para pengendali."
Kinderland sejak itu melarang para kakitangannya daripada menggunakan peranti peribadi di tempat kerja, satu langkah yang menurutnya akan melindungi privasi kanak-kanak di sekolah mereka.
Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, Kinderland menyatakan pada pagi Khamis bahawa larangan ke atas peranti peribadi tidak bertujuan untuk menyekat amalan "memberi maklumat".
"Dengan mengetatkan penggunaan hanya peranti syarikat untuk mengambil gambar/video kanak-kanak, Kinderland berharap ia dapat mengurangkan kecenderungan menggunakan peranti peribadi untuk tujuan rasmi," tambahnya.

Sumber : CNA/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.