Skip to main content

Singapura

Kamera baru pantau kelajuan di Tanah Merah Coast Road mula operasi 17 Disember

Sebuah sistem kamera kelajuan baru di Tanah Merah Coast Road akan mula dikuatkuasakan pada 17 Disember ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kamera baru pantau kelajuan di Tanah Merah Coast Road mula operasi 17 Disember

Sebuah sistem kamera kelajuan baru di Tanah Merah Coast Road akan dikuatkuasakan pada 17 Disember 2018. (Gambar-Gambar: SPF)

Diterbitkan : 11 Dec 2018 08:14AM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 08:18AM

SINGAPURA: Sebuah sistem kamera kelajuan baru di Tanah Merah Coast Road akan mula dikuatkuasakan pada 17 Disember ini.

Sistem baru itu berupaya mengukur had kelajuan purata sesebuah kenderaan di seluruh jalan raya tersebut, dan bukan setakat pada satu-satu lokasi sahaja.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan bahawa sistem berkenaan dipasang di jalan raya sepanjang empat kilometer itu pada awal tahun ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPF semalam (10 Dis), sistem baru itu sudahpun sudahpun menjalani ujian yang menyeluruh.

Ini adalah kali pertama sistem seumpama itu dilaksanakan di jalan raya Singapura.

Tanah Merah Coast Road, yang mempunyai had kelajuan 70 kilometer sejam, dipilih kerana "kenderaan-kenderaan didapati dipandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan," menurut polis.

SPF juga menyatakan bahawa Tanah Merah Coast Road juga sering digunakan sebagai lokasi untuk kereta-kereta berlumba secara haram.

"Sekiranya kelajuan purata sesebuah kenderaan melebihi had kelajuan yang ditetapkan bagi jalan raya itu atau sesebuah kenderaan (yang mempunyai had kejaluan tertentu), pemandu berkenaan boleh dikenakan denda jika didapati memandu dengan laju," tambahnya.

Papan tanda akan dipasang sebelum dan di dalam zon penguatkuasaan bagi mengingatkan para pemandu supaya mematuhi had kelajuan yang ditetapkan.

Tiang-tiang lampu yang dilengkapi dengan kamera kelajuan itu juga akan dicat dengan warna jingga kilau bagi memastikan ia dapat dilihat oleh para pemandu.

"Sistem ASC baru itu akan membantu membentuk tingkah laku para pemandu dan mencegah mereka daripada memandu kenderaan dengan laju.

"Keselamatan jalan raya adalah satu tanggungjawab bersama. Setiap pemandu mesti memainkan peranan bagi memastikan jalan raya sentiasa selamat," menurut polis.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita