Kambing korban di 25 masjid habis dijual; hanya 1 masjid masih ada stok
Kini hanya Masjid Jamae Chulia sahaja yang masih mempunyai bekalan kambing korban untuk ditempah.
BERITAmediacorp: Kambing-kambing korban di 25 masjid tempatan sudah habis dijual.
Atau dalam lain perkataan, hampir 3,600 daripada 3,700 kambing yang akan dibawa masuk Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) sudah ditempah orang ramai.
Kini hanya Masjid Jamae Chulia sahaja yang masih mempunyai bekalan kambing korban untuk ditempah.
(Gambar: Masjid Jamae Chulia)
Semasa dihubungi BERITAmediacorp, masjid yang terletak di South Bridge Road itu mendedahkan bahawa sehingga jam 5.00 petang hari ini, ia mempunyai baki 120 ekor kambing sahaja.
(Gambar: Masjid Jamae Chulia)
Kambing-kambing bagi tujuan ibadah korban di Singapura dibekalkan oleh syarikat Big Foot Logistic, yang juga mengendalikan keperluan logistik ibadah korban di Singapura.
Tahun ini, jumlah 3,700 kambing yang dibawa masuk ke negara ini untuk ibadah korban adalah sama dengan bilangan tahun lalu.
(Gambar: AMY COOPES / AFP)
Harga setiap kambing korban kendalian JKMS tahun ini - iaitu S$480 - bagaimanapun adalah yang paling rendah sejak tempoh enam tahun lalu.
Harga tersebut S$5 lebih rendah berbanding tahun lalu dan sekitar S$20 lebih rendah berbanding tahun 2014.
(Gambar: MARIE KNIGHT / FRANK & MICKY WHITEHOUSE / AFP)
Tarikh tutup bagi tempahan kambing korban adalah 26 Julai ini. Namun berdasarkan trend tempahan yang ditunjukkan para pembeli setakat ini, ia dijangka habis dibeli sebelum hujung minggu ini.
Orang ramai yang masih berminat mendapatkan kambing korban JKMS boleh memuat turun borang di www.muslim.sg atau mendapat borang dari masjid.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.