Skip to main content

Singapura

Kambing korban di 17 masjid S'pura habis dijual

Jika anda belum menempah dan masih ingin melakukan ibadah korban di masjid-masjid tempatan, sila ambil perhatian.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Jul 2019 05:31PM Dikemas Kini : 05 Jul 2019 11:41PM

BERITAmediacorp: Jika anda belum menempah dan masih ingin melakukan ibadah korban di masjid-masjid tempatan, sila ambil perhatian.

Kambing-kambing korban yang dikendalikan Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) tahun ini sudah habis dijual di 17 buah masjid tempatan.

Pemeriksaan BERITAmediacorp mendapati, secara keseluruhannya, 85 peratus kambing korban JKMS sudah terjual dalam tempoh 10 hari sahaja sehingga hari ini.

Dalam perkataan lain, sekitar 3,150 daripada 3,700 kambing korban JKMS yang akan dibawa masuk ke Singapura sudah habis ditempah. Bermakna tinggal sekitar 550 ekor sahaja yang masih ada.

Demikian menurut perangkaan dari syarikat Big Foot Logistic, yang merupakan syarikat pembekal dan yang mengendalikan keperluan logistik ibadah korban di Singapura.

Mereka yang mahu melakukan ibadah korban juga harus maklum bahawa tempahan kambing-kambing korban kini hanya boleh didapatkan di sembilan buah masjid tempatan sahaja, dan bakinya adalah seperti berikut:

UTARA:
Masjid Ahmad Ibrahim (61 ekor)
Masjid Petempatan Melayu Sembawang (30 ekor)
Masjid Haji Yusoff (7 ekor)

SELATAN:
Masjid Al-Amin (67 ekor)
Masjid Jamiyah Ar-Rabitah (76 ekor)
Masjid Jamae Chulia (170 ekor)
Masjid Sultan (15 ekor)

BARAT:
Masjid Tentera Di Raja (67 ekor)
Masjid Al-Firdaus (56 ekor)

Tempahan bagi kambing-kambing korban dibuka pada 26 Jun lalu dan masih ada sekitar tiga minggu lagi sebelum tempoh tempahan ditutup.

Jumlah terbanyak di satu-satu masjid buat masa ini - iaitu 170 ekor kambing - adalah di Masjid Jamae Chulia.

Harga setiap kambing korban kendalian JKMS tahun ini - S$480 - adalah yang paling rendah dalam enam tahun.

Harga tersebut S$5 lebih rendah berbanding tahun lalu dan sekitar S$20 lebih rendah berbanding tahun 2014.

Tahun lalu, lebih daripada 50 peratus bekalan kambing korban terjual dalam tempoh lapan hari. Secara perbandingan, kambing korban JKMS nampaknya lebih laris tahun ini memandangkan 85 peratus terjual dalam tempoh 10 hari.

Berikut senarai masjid yang sudahpun kehabisan stok kambing korban:

Masjid An-Nur
Masjid Assyafaah
Masjid Darul Makmur
Masjid En Naeem
Masjid An-Nahdhah
Masjid Omar Salmah
Masjid Al-Istighfar
Masjid Alkaff Kg Melayu
Masjid Al-Mawaddah
Masjid Darul Aman
Masjid Kampung Siglap
Masjid Al-Iman
Masjid Al-Mukminin
Masjid Ar-Raudhah
Masjid Assyakirin
Masjid Hang Jebat
Masjid Al-Khair 

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita