Skip to main content

Singapura

Kalkulator online dilancar demi mudahkan pemaju hartanah kira pelepasan karbon

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jun 2023 11:33AM Dikemas Kini : 26 Jun 2023 08:55PM
SINGAPURA: Satu alat kalkulator online telah dicipta untuk membantu pihak dalam industri persekitaran binaan, mengira anggaran jejak karbon bangunan-bangunan, dengan lebih tepat.

Kalkulator karbon itu dicipta bersama oleh Majlis Bandaran Jurong, Penguasa Bangunan dan Binaan serta Majlis Bangunan Hijau Singapura.

Ia bertujuan membantu para pemaju hartanah menganggarkan dengan lebih tepat jumlah gas karbon yang dilepaskan daripada bahan-bahan binaan yang digunakan.

Menerusi cara itu, para pemaju diharap dapat didorong menggunakan bahan-bahan serta proses binaan yang lebih mesra alam.

Pada masa ini bangunan-bangunan melepaskan hampir 20 peratus gas karbon di Singapura.

Meskipun kalkulator itu paling baik digunakan semasa peringkat perancangan binaan bangunan, para pakar berkata ia boleh digunakan untuk kerja-kerja pembaikan utama bagi bangunan-bangunan lebih lama.

Ini diharap akan membantu Singapura mencapai sasaran sifar bersih pengeluaran karbon menjelang 2050.
Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita