Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan UOB diperdaya skim penipuan, maklumat lebih 1,100 pelanggan UOB didedahkan

Maklumat 1,166 pelanggan Bank United Overseas (UOB) didedahkan selepas seorang kakitangan menjadi mangsa satu penipuan penyamaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan UOB diperdaya skim penipuan, maklumat lebih 1,100 pelanggan UOB didedahkan

Gambar fail UOB. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 07 May 2021 09:48PM Dikemas Kini : 07 May 2021 09:50PM

SINGAPURA: Maklumat 1,166 pelanggan Bank United Overseas (UOB) didedahkan selepas seorang kakitangan menjadi mangsa satu penipuan penyamaran.

Para pelanggan itu adalah warga China dan maklumat yang didedahkan termasuk nama, nombor kad pengenalan dan telefon serta baki dalam akaun mereka, menurut UOB hari ini (7 Mei).

"Nombor akaun bank mereka tidak didedahkan dan sistem IT kami masih selamat," menurut UOB.

Menurut dapatan awalnya, seorang kakitangan bank itu dikatakan menjadi mangsa satu penipuan penyamaran pegawai polis dari China.

Kakitangan itu dipercayai terpedaya supaya mendedahkan maklumat-maklumat pelanggan tersebut dengan akaun bank mereka di Singapura.

"UOB sedang bekerja rapat dengan Pasukan Polis Singapura dalam sisatan mereka," menurut bank itu.

Kakitangan berkenaan sudahpun digantung kerja dan sedang membantu siasatan polis.

"Kami meminta maaf kepada pelanggan kami atas perkara yang berlaku ini kerana kami sentiasa memastikan keutamaan kami adalah untuk memastikan data mereka selamat."

Menurut UOB ia sudah menulis kepada semua pelanggan terjejas dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi mereka kerana mereka mungkin menjadi sasaran penipuan.

Ini termasuk:

Segera mematikan akses internet dan perbankan mudah alih.

  • Menasihatkan mereka supaya menukar akses perbankan digital dan bagaimana untuk melindungi diri daripada skim penipuan
  • Mengaktifkan pemberitahuan menerusi kiriman SMS tentang had S$1 bagi sebarang pemindahan wang secara online
  • Memuat naik notis tentang perlindungan daripada penipuan di laman-laman log masuk sistem Perbankan Internet Peribadi UOB dan UOB Mighty
  • Memuat naik notis pendidikan awam di saluran-saluran media sosial UOB

"Kami menjangkakan piawai tinggi tata laku profesional daripada kakitangan kami pada setiap masa sebagai sebahagian usaha mengekalkan kepercayaan pelanggan kami," menurut UOB.

"Kami meminta maaf kerana meletakkan pelanggan kami dalam keadaan ini. Kami akan terus berusaha untuk bekerjasama dengan mereka bagi memastikan akaun mereka selamat."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan