Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan TTSH dikenakan tindakan disiplin bagi insiden perkakas klinik gigi tidak bersih

18 kakitangan Hospital Tan Tock Seng, termasuk pengurus dan penyelia kanan akan diberi kaunseling dan tindakan disiplin kerana kesilapan yang menyebabkan para pesakit dirawat dengan peralatan yang tidak dibersihkan sepenuhya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jan 2019 07:32PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 01:13AM

SINGAPURA: 18 kakitangan Hospital Tan Tock Seng, termasuk pengurus dan penyelia kanan akan diberi kaunseling dan tindakan disiplin kerana kesilapan yang menyebabkan para pesakit dirawat dengan peralatan yang tidak dibersihkan sepenuhya.

Kejadian itu berlaku antara 28 Nov dengan 5 Dis tahun lalu.

Sebuah jawatankuasa siasatan mengenal pasti kesilapan manusia mematuhi protokol pensterilan dan pengesahan sebagai punca kejadian.

Lapan bungkusan peralatan yang diproses pada 28 Nov lalu disahkan tidak menjalani langkah terakhir pensterilan.

Peralatan-peralatan tersebut mungkin digunakan bagi merawat pesakit di Klinik Pergigian Tan Tock Seng semasa tempoh tersebut.

Menyusuli penemuan itu semua prosedur pilihan digantung. Peralatan-peralatan diperiksa dengan teliti dan disahkan menjalani proses pembersihan yang lengkap.

Klinik tersebut menghubungi semua pesakit yang dirawat dalam tempoh tersebut untuk memberikan kepastian bahawa risiko jangkitan adalah rendah.

Langkah-langkah kawalan juga diperketat terhadap penggunaan peralatan dan memastikan semua kakitangan mematuhi protokol dan prosedur kerja bagi menjamin keselamatan pesakit.

MOH menambah ia akan mendapatkan nasihat pakar bagi menimbangkan tindakan susulan untuk mencegah berulangnya kejadian. 

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan