Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan SingPost diberi penghargaan atas dedikasi sepanjang pandemik

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo memberi penghargaan kepada para kakitangan SingPost atas dedikasi dan kerja keras mereka demi memastikan sistem pos dan khidmat penghantaran Singapura diteruskan meskipun dalam masa-masa sukar pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo memberi penghargaan kepada para kakitangan SingPost atas dedikasi dan kerja keras mereka demi memastikan sistem pos dan khidmat penghantaran Singapura diteruskan meskipun dalam masa-masa sukar pandemik COVID-19.

Beliau juga melahirkan rasa yakin dengan kemampuan SingPost untuk mengharungi pelbagai perubahan akan datang, asalkan ia kekal tangkas, terus menyesuaikan diri dan meningkatkan kemahiran kakitangannya.

Cik Teo berkata demikian di majlis berbuka puasa bersama sekitar 100 kakitangan Islam SingPost hari ini (20 Apr).

"Anda harus berulang kali dan dengan cepat menyesuaikan diri kepada langkah-langkah pengurusan selamat yang berubah-ubah.

"Anda harus menjaga kesihatan dan keselamatan anda dan bekerja bagi membantu rakan anda yang terjangkit virus itu," kata Cik Teo.

HARGAI SOKONGAN SINGPOST DI PERINGKAT NASIONAL

Dalam ucapannya, Cik Teo juga memberi penghargaan kepada kakitangan SingPost kerana menyokong pelbagai pengagihan di peringkat nasional.

Ini termasuk dua pusingan penghantaran kit-kit ART kepada setiap isi rumah.

"Disebabkan anda, surat-surat penting kami dikirimkan ke peti surat dan pintu rumah kami dengan selamat dan tepat pada masanya," ujar Cik Teo.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para kakitangan warga Malaysia SingPost yang memilih untuk terus menetap di negara ini sepanjang musim pandemik.

BERBESAR HATI SINGPOST LABUR DEMI PENUHI KEPERLUAN

Cik Teo turut melahirkan rasa berbesar hati SingPost juga melabur bagi memenuhi keperluan pos masyarakat dan perniagaan yang berubah-ubah serta mempercepat rancangannya bagi perniagaan logistik e-dagang yang kian berkembang.

Ini termasuk meningkatkan kemahiran digital lebih 600 kakitangan dan melatih lebih 400 kakitangan di bawah sistem Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ).

"Asalkan SingPost kekal tangkas dan dapat menyesuaikan diri kepada perubahan, dan selagi anda yang merupakan teras syarikat ini, anda semua sanggup untuk terus meningkatkan kemahiran dan berusaha ke arah kecemerlangan, saya sangat yakin dengan kemampuan SingPost untuk terus menempuhi perubahan-perubahan dan mencapai satu tahap yang baru," kata Cik Teo.

Majlis berbuka puasa itu juga diadakan secara fizikal buat pertama kalinya dalam masa dua tahun sejak pandemik melanda.

Ia juga merupakan kali ke-12 SingPost mengadakan majis berbuka puasa bersama para kakitangan Islamnya.

"Saya rasa penting kerana kita dapat eratkan silaturahim dapat mengenali orang yang kita tak pernah jumpa, dengan orang-orang atasan dan juga dengan teman-teman yang lain dari pangkalan-pangkalan yang lain," kata Norhasimah Jaafar, yang bertugas sebagai seorang posnita.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan