Skip to main content

Singapura

Kakitangan SingHealth berjaya kumpul S$1.3 juta bagi Cabaran Presiden 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan SingHealth berjaya kumpul S$1.3 juta bagi Cabaran Presiden 2023

(Gambar: Facebook/Singapore National Eye Centre/Singapore Eye Research Institute)

SINGAPURA: Kakitangan SingHealth berjaya mengumpul S$1.3 juta bagi Cabaran Presiden tahun ini.

Dalam satu acara untuk meraikan pencapaian itu pada Sabtu (21 Okt), Presiden Tharman Shanmugaratnam bertemu dengan beberapa penerima bantuan tersebut.

Ada penerima yang membuat persembahan dan ada juga yang berpeluang berbual dengan Encik Tharman.

Penerima dana tersebut datang dari pertubuhan-pertubuhan seperti Club Heal, HCA Hospice dan Persatuan Cacat Penglihatan Singapura (SAVH).

Pusat Mata Kebangsaan Singapura (SNEC) mengetuai kempen mengutip dana itu, yang menghimpunkan sekitar 32,000 kakitangan SingHealth.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita