Kakitangan SIA yang layak bakal terima bonus 8 bulan susuli keuntungan pecah rekod
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Singapore Airlines/AFP)
SINGAPURA: Kakitangan Singapore Airlines (SIA) yang layak akan menerima bonus sekitar lapan bulan, menyusuli hasil pendapatan kumpulan itu yang memecah rekod, menurut jurucakapnya kepada Mediacorp pada Khamis (18 Mei).
Bayaran itu terdiri daripada bonus perkongsian keuntungan syarikat sebanyak 6.65 bulan dan bonus tambahan (ex gratia) sebanyak 1.5 bulan.
"Bonus kepada kakitangan SIA adalah berdasarkan formula perkongsian keuntungan tahunan syarikat itu yang sudah lama digunakan dan dipersetujui oleh kesatuan sekerja kami," menurut jurucakap tersebut.
SIA Group pada Selasa melaporkan rekod keuntungan berjumlah S$2.16 bilion bagi Tahun Kewangan 2022/23 selepas mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut.
Hasil pendapatan itu juga menyaksikan syarikat tersebut bangkit daripada kerugian bersih sebanyak S$962 juta pada tahun sebelumnya.
Permintaan kukuh bagi khidmat penerbangan memacu hasil pendapatan, keuntungan operasi dan faktor muatan penumpang, jelas SIA.
BONUS TAMBAHAN DENGAN JUMLAH MAKSIMUM 1.5 BULAN
SIA juga akan memberikan tambahan bonus ex-gratia sebanyak 0.5 bulan setahun, bagi setiap tiga tahun kewangan yang lalu, atau jumlah maksimum 1.5 bulan, kepada pekerja yang layak.
"Pengurusan kanan SIA tidak akan menerima bonus ex-gratia tambahan ini," kata jurucakap itu.
Bayaran 'ex gratia' merujuk kepada bayaran yang dihulurkan sebagai hadiah, dan bukan disebabkan tuntutan guaman.
Bayaran tersebut adalah untuk mengiktiraf "dedikasi, kerja keras dan pengorbanan mereka, termasuk potongan gaji semasa pandemik" bagi kakitangan SIA, serta kejayaan program transformasi tiga tahun oleh syarikat itu, yang berhasil meningkatkan daya saingdan mengukuhkan asasnya bagi masa depan.
Kumpulan itu kini mempunyai kira-kira 24,000 pekerja dalam senarai gajinya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.