Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan Scoot bakal dapat bonus 6 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
 Kakitangan Scoot bakal dapat bonus 6 bulan

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 20 May 2023 05:00PM Dikemas Kini : 20 May 2023 05:34PM
SINGAPURA: Kakitangan penerbangan tambang murah Scoot, iaitu syarikat subsidiari Singapore Airlines (SIA), yang layak akan menerima bonus prestasi 4.76 bulan dan bonus tambahan (ex gratia) sehingga 1.5 bulan.

Bonus "rekod" prestasi tahunan itu "menyusuli hasil pendapatan SIA Group yang memecah rekod pada FY2022/23", menurut Scoot pada Sabtu (20 Mei).

SIA Group pada Selasa (16 Mei) melaporkan rekod keuntungan berjumlah S$2.16 bilion bagi Tahun Kewangan 2022/23 selepas mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut.

Menyusuli laporan pendapatan itu, SIA menyatakan kakitangan yang layak boleh menerima bonus sekitar lapan bulan, merangkumi bonus perkongsian keuntungan syarikat sebanyak 6.65 bulan dan bonus tambahan (ex gratia) sebanyak 1.5 bulan.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Scoot menyatakan pihaknya juga akan memberikan bonus tambahan 0.5 bulan bagi setiap daripada tiga tahun kewangan lalu, atau maksimum 1.5 bulan kepada kakitangan yang layak.

Bersetuju dengan kenyataan SIA, Scoot menyatakan bonus besar itu adalah sebagai mengiktiraf "dedikasi, kerja keras dan pengorbanan kakitangan serta kejayaan program transformasi selama tiga tahun yang mempertingkat daya saingnya dan memperkukuh asasnya bagi masa hadapan".

SIA dan Scoot secara bersama menerbangkan 26.5 juta penumpang dalam tahun kewangan itu, iaitu naik enam kali daripada tahun sebelumnya.

Faktor jumlah penumpang kumpulan itu naik 55.3 peratusan mata kepada 85.4 peratus - paling tinggi dalam sejarah syarikat tersebut. SIA mencapai jumlah rekod faktor jumlah penumpang sebanyak 85.8 peratus, sementara Scoot pula mencapai 83.9 peratus.

Scoot juga mencapai jumlah rekod keuntungan operasi sebanyak S$148 juta, naik S$602 juta berbanding FY2021/22.

Setakat 31 Mac, SIA melakukan penerbangan ke 74 destinasi, manakala Scoot 58 destinasi.
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan