Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan restoran utama dihantar jalani latihan selia ujian swab kendiri

Para pemilik restoran utama sedang giat menghantar para pekerja masing-masing untuk menjalani program latihan pemerintah mengenai cara melaksanakan dan menyelia ujian swab kendiri di tempat kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jun 2021 06:49PM Dikemas Kini : 20 Jun 2021 08:52PM

SINGAPURA: Para pemilik restoran utama sedang giat menghantar para pekerja masing-masing untuk menjalani program latihan pemerintah mengenai cara melaksanakan dan menyelia ujian swab kendiri di tempat kerja.

Sesetengah syarikat menyatakan sudah siap untuk memulakan ujian kendiri itu seawal Rabu ini (23 Jun).

Ujian pantas dan mudah atau FET secara tetap akan diwajibkan mulai pertengahan bulan depan bagi para pekerja yang berinteraksi dengan pelanggan tanpa pelitup.

Tempat-tempatan F&B akan menerima kembali para pelanggan untuk makan di tempat masing-masing mulai esok (21 Jun).

Para pelanggan tidak akan memakai pelitup pada setiap masa.

Oleh itu, Kumpulan Tung Lok menghantar dua penyelia dari setiap restorannya untuk mempelajari cara melaksanakan dan menyelia ujian pantas antigen di cawangan-cawangannya.

Kesemuanya 48 kakitangan sudah mendaftar dan semua cawangan akan siap melakukan ujian FET minggu depan.

Para pengendali F&B lain menyatakan mereka ingin para pekerja menjalani latihan itu secepat mungkin.

Di McDonald's, 600 pengurus restorannya akan dilatih mulai Selasa depan.

Ia berharap untuk melaksanakan ujiannya menjelang akhir bulan ini.

Namun restoran makanan segera itu akui ia bukan sesuatu yang mudah kerana ujian akan dilakukan ketika restoran sedang beroperasi.

Satu lagi cabaran jangka panjang adalah pihak berkuasa kini menaja kit-kit ujian swab kendiri bagi restoran hanya untuk tempoh 3 bulan akan datang.

Bagaimanapun, McDonald's menyokong langkah untuk menguji para kakitangan F&B kerana ia membantu memastikan mereka selamat hingga lebih ramai orang divaksin. 

Sumber : CNA/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan