Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan klinik Bukit Batok 'ditegur', diberi cuti ketidakhadiran susuli telagah

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang kakitangan sebuah klinik di Bukit Batok, yang dirakamkan menendang kereta sorong bayi dan bertengkar dengan seorang wanita, diletakkan di bawah cuti ketidakhadiran. Klinik tersebut menyatakan demikian pada Selasa malam (19 April).

Dalam satu catatan Facebook, Everhealth Medical dan Everhealth Family Clinic menyatakan kakitangan terlibat sudahpun "ditegur... atas tindakannya dan diletakkan di bawah cuti ketidakhadiran".

"Kami memohon maaf atas tekanan yang dialami ibu dan anaknya semalam," tambah klinik itu yang terletak di pusat beli-belah Le Quest Mall.

Rakaman video insiden itu menjadi tular selepas ia dimuat naik ke aplikasi TikTok dan wadah media sosial lain.

Dalam satu video, kakitangan klinik berkenaan dilihat menendang sebuah kereta sorong bayi ketika bertelagah dengan seorang ibu, sedang anak lelaki kepada wanita itu cuba campur tangan.

Punca pertengkaran tersebut bagaimanapun tidak jelas.

Dalam video kedua, yang dirakamkan di dalam klinik, seorang wanita juga kelihatan bertengkar dengan seorang kakitangan di kawasan kaunter menyambut tamu.

Wanita berkenaan menggunakan tangannya untuk menolak jatuh beberapa barang di atas meja kaunter tersebut sebelum meninggalkan klinik. Dia kemudian dilihat masuk semula ke klinik tersebut dan melemparkan sesuatu ke arah kakitangan itu.

Klinik itu memohon maaf pada Isnin (18 April) "kerana menimbulkan kebimbangan awam berhubung video TikTok yang dirakam pagi ini di luar klinik kami".

Ia meminta "sedikit masa" untuk menyiasat perkara itu.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan