Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan KFC cawangan Clementi diuji positif COVID-19

Seorang kakitangan restoran KFC di Jalan Mas Puteh di Clementi diuji positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan KFC cawangan Clementi diuji positif COVID-19

KFC di Jalan Mas Puteh. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 20 May 2021 10:57PM Dikemas Kini : 20 May 2021 10:59PM

SINGAPURA: Seorang kakitangan restoran KFC di Jalan Mas Puteh di Clementi diuji positif COVID-19.

Demikian menurut rangkaian makanan segera itu pada Khamis (20 Mei).

Kakitangan berkenaan kali terakhir berada di cawangan tersebut pada 17 Mei dan diuji positif bagi COVID-19 pada 19 Mei, menurut KFC dalam catatan di laman Facebooknya.

Semua pekerja yang terdedah kepada kakitangan berkenaan sudah diminta agar mengasingkan diri. Mereka juga sudah menjalani ujian swab bagi COVID-19 dan semunya negatif, menurut KFC.

"Kesihatan dan kesejahteraan anggota pasukan dan pelanggan kami adalah keutamaan kami, lebih-lebih lagi dalam tempoh tidak menentu sekarang ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami sudah menutup (cawangan) restoran itu sehingga dimaklumkan kelak.

KFC menambah ia sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) dan mengikuti saranan-saranannya.

Para pelanggan yang mengunjungi cawangan di Jalan Mas Puteh pada 17 Mei dinasihatkan supaya memantau rapi kesihatan mereka.

"Kami meminta maaf atas kesulitan ini. Restoran kami akan terus ditutup sehingga kami pasti tiada lagi risiko kesihatan ke atas kakitangan atau pelanggan," tambah KFC.

Hari ini, Singapura melaporkan sebanyak 41 kes baru COVID-19, 27 daripadanya dalam kalangan masyarakat.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan