Kakitangan jagaan kesihatan dikerah secara maksimum sedang kes COVID-19 meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semua kumpulan jagaan kesihatan tempatan mengerahkan kakitangan masing-masing sepenuhnya, serta memberi bayaran tambahan dalam usaha memenuhi permintaan mendadak bagi jagaan perubatan.
Ini selepas gelombang terbaharu COVID-19 mencetuskan lonjakan 50 peratus dalam bilangan pesakit yang memerlukan rawatan perubatan.
Yang jelas, usaha memastikan setiap klinik beroperasi dengan jumlah kakitangan yang mencukupi, memerlukan perancangan teliti serta reaksi pantas.
Di Hospital Raffles dan rangkaian 35 buah klinik kendaliannya, jumlah pesakit melonjak sebanyak 50 peratus sepanjang musim perayaan akhir tahun.
Walaupun jadual kerja kakitangannya dirancang enam bulan lebih awal, pelbagai perubahan perlu dilakukan.
Ini terutama apabila kakitangan perubatan sendiri jatuh sakit.
"Kami melihat banyak pergerakan serta permintaan bagi menggantikan kakitangan, terutama minggu-minggu terakhir ini, apabila kes COVID-19 melonjak. Kira-kira tiga hingga empat kali seminggu, itu biasa. Ada minggu-minggu di mana setiap hari kami melihatnya," kata Dr Ching Shih Kiat, Pengarah Perubatan Raffles Medical.
Bagi meringankan tekanan tersebut, klinik-klinik rangkaian tersebut cuba mendapatkan kakitangan dari cawangan lain atau dari Hospital Raffles.
Satu lagi pilihan- mengupah kakitangan sambilan dari luar dengan ganjaran lumayan.
Pendekatan serupa turut diambil Fullerton Health.
Rangkaian 30 klinik miliknya perlu mendapatkan kakitangan tambahan tiga hingga empat kali seminggu.
Hasil pengalaman yang ditimba semasa pandemik, kumpulan tersebut melakar jadual kerja setahun lebih awal.
"Seboleh mungkin, kami berikan setiap kakitangan cuti yang mencukupi. Kerana bila kita panggil balik pekerja, saya rasa ia boleh menjejas semangat mereka. Belum lagi kemungkinan ini boleh menyebarkan pelbagai patogen di tempat kerja," kata Dr Marcus Lee, Timbalan Pengarah Perubatan Fullerton Health.
"Pada masa yang sama, kami melaksanakan kawalan jangkitan yang mencukupi dalam kalangan kakitangan kami, bagi mengurangkan jangkitan di antara mereka," tambahnya.
Bagi kumpulan Healthway Medical pula, ia meningkatkan penggunaan telekesihatan bagi memenuhi lonjakan permintaan untuk bertemu doktor.
Menurutnya, langkah tersebut bagi mengelakkan kesesakan di 50 klinik miliknya, serta memudahkan pihaknya menguruskan kes-kes lebih serius.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.