Skip to main content

Singapura

Kakitangan IHiS tidak dilengkapi kemahiran bertindak balas terhadap serangan siber SingHealth

Kakitangan dari Perkhidmatan Maklumat Kesihatan Bersepadu atau IHiS, tidak terlatih dengan baik atau dilengkapi dengan kemahiran untuk bertindak balas terhadap serangan siber SingHealth. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan IHiS tidak dilengkapi kemahiran bertindak balas terhadap serangan siber SingHealth

(Gambar hiasan: Kacper Pempel/Reuters)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 09:23PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 09:25PM

SINGAPURA: Kakitangan dari Perkhidmatan Maklumat Kesihatan Bersepadu atau IHiS, tidak terlatih dengan baik atau dilengkapi dengan kemahiran untuk bertindak balas terhadap serangan siber SingHealth.

Demikian pendapat seorang pakar yang memberi respons kepada beberapa serangan berprofil tinggi di pertubuhan-pertubuhan seperti Cathay Pacific dan Bangladesh Bank.

Beliau memberi keterangan itu kepada Jawatankuasa Siasatan yang menyiasat pencerobohan data paling buruk di Singapura.

Encik Vivek Chudgar, pengarah syarikat keselamatan siber FireEye berkata walaupun terdapat log terperinci yang cukup untuk membantu mengesan pergerakan serangan dalam sistem, kakitangan juga terlepas peluang untuk menghentikan penyerang sebelum kerosakan terjadi.

Misalnya, pelbagai saluran komunikasi digunakan oleh kakitangan, yang boleh menyebabkan maklumat ditinggalkan secara tidak sengaja.

Beliau berkata pasukan tindak balas kecemasan komputer - kumpulan pakar yang mengendalikan sistem keselamatan IT - juga tidak terlatih secukupnya

Encik Chudgar berkata bahawa terdapat cukup masa bagi pasukan untuk memahami langkah-langkah yang sepatutnya diambil. 

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita