Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan Great Eastern, OCBC bantu wanita elak kerugian S$250,000 dalam kes penipuan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita warga emas berjaya mengelak daripada ditipu sebanyak S$250,000.

Ini selepas seorang pegawai perkhidmatan pelanggan Great Eastern dan kakitangan OCBC memberi amaran kepadanya.

Pada 2 Disember 2023, seorang penipu yang menyamar sebagai pegawai pemerintah dari China menghubungi mangsa 67 tahun itu, dedah Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media pada Selasa (9 Jan).

Penipu tersebut memberitahu wanita itu bahawa beliau mempunyai wang yang mencurigakan di dalam akaun bank bawah namanya di China dan menuduhnya melakukan jenayah.

Penipu itu kemudian memindahkan panggilan tersebut kepada seorang lagi penipu yang juga menyamar sebagai pegawai pemerintah China.

Mangsa, yang mengikuti arahan penipu kedua, membuka akaun UOB baharu di bawah namanya pada 13 Disember, kononnya untuk membantu siasatan dan menyediakan butiran akaun perbankan internet itu kepada penipu.

Wanita tersebut juga diarahkan untuk mengeluarkan semua wangnya dari akaun bank lain, dan menukarkan dasar insuransnya kepada bentuk wang untuk dimasukkan ke dalam akaun UOB itu.

Mangsa bergegas ke pejabat Great Eastern di Jurong East pada 18 Disember untuk menukarkan dasar insuransnya dan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun banknya.

Ketika ditanya oleh pegawai perkhidmatan pelanggan Great Eastern yang menganggap mangsa berkelakuan mencurigakan, wanita itu mendakwa wang tersebut hendak digunakan untuk yuran membeli rumah dan kerja ubah suai.

Namun, beliau tidak dapat mengemukakan maklumat lanjut ketika disoal lagi.

“Meskipun beliau terpaksa menanggung kerugian kerana menyerahkan empat polisi insuransnya secara awal, mangsa berkeras untuk meneruskan penyerahan tersebut, yang menimbulkan rasa syak wasangka pegawai perkhidmatan pelanggan Great Eastern,” kata polis.

Polis tersebut mengemukakan kes itu kepada OCBC, yang menghubungi Pusat Anti-Penipuan (ASC) untuk campur tangan.

Pihak berkuasa bekerjasama dengan OCB untuk menghalang mangsa daripada mengeluarkan wangnya, sementara pegawai ASC bertemu dengan mangsa di rumahnya dan meyakinkannya bahawa beliau sudah menjadi mangsa penipuan.

Mereka juga bertindak untuk mendapatkan kembali akaun UOB mangsa yang dikawal penipu kedua.

"Kewaspadaan pegawai perkhidmatan pelanggan Great Eastern, dan campur tangan kakitangan OCBC dan pegawai ASC pada masa yang tepat menghalang mangsa dari kerugian melebih S$250,000," tambah polis.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan