Skip to main content

Singapura

Kakitangan awam SG akan dapat bonus pertengahan tahun 0.45 bulan; pegawai gred rendah terima tambahan bayaran sekali sahaja

Semua kakitangan perkhidmatan awam di Singapura akan menerima bonus 0.45 bulan pada pertengahan tahun, dengan pegawai gred rendah menerima tambahan bayaran sekali sahaja sehingga S$400, menurut Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Selasa (23 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Jun 2026 05:50PM Dikemas Kini : 26 Jul 2026 12:42AM
SINGAPURA: Semua kakitangan perkhidmatan awam di Singapura akan menerima bonus 0.45 bulan pada pertengahan tahun, dengan pegawai gred rendah menerima tambahan bayaran sekali sahaja sehingga S$400, menurut Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Selasa (23 Jun).

Para kakitangan awam dalam gred bersamaan dengan MX13 (I) dan MX14 akan menerima bayaran tambahan sekali sahaja sebanyak S$250, manakala mereka dalam gred bersamaan dengan MX15 dan MX16, serta mereka dalam Skim Sokongan Operasi akan menerima bayaran tambahan sekali sahaja yang lebih tinggi iaitu sebanyak S$400.

Pada tahun lalu, para kakitangan awam menerima bonus 0.4 bulan pada pertengahan tahun dan bonus 1.3 bulan pada akhir tahun.

Bonus yang diterima oleh para kakitangan awam pada pertengahan tahun 2024 adalah 0.45 bulan.

Ekonomi Singapura berkembang 6 peratus pada Januari hingga Mac tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengekalkan unjuran pertumbuhan GDP pada 2 hingga 4 peratus pada tahun ini, menyusuli prestasi lebih baik daripada dijangkakan pada suku pertama 2026.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita