Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan awam harus tajamkan kemahiran untuk kekal relevan, cekap

Dengan kemajuan teknologi sebagai pemacu utama ekonomi, kakitangan awam harus meningkatkan kemahiran untuk kekal relevan dan cekap.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Mar 2018 07:48PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 12:49AM

SINGAPURA: Dengan kemajuan teknologi sebagai pemacu utama ekonomi, kakitangan awam harus meningkatkan kemahiran untuk kekal relevan dan cekap.

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata demikian sebagai menjawab keprihatinan tentang pendigitalan dan daya penghasilan semasa perdebatan COS Jabatan Perdana Menteri.

Menjawab soalan bagaimana kakitangan berpengalaman dalam sektor awam boleh berkesan dalam dunia digital dan pelan peningkatan kemahiran bagi kakitangan awam, DPM Teo berkata pemerintah akan membantu syarikat-syarikat membuat penyesuaian bagi masa depan dan meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam.

Tahun lalu, DPM Teo bercakap tentang latihan 10,000 kakitangan awam menjelang 2020 dalam keupayaan digital seperti analisis data dan sains data bagi menggubal dasar.

Sejauh ini 4,000 pegawai awam mengikuti latihan menjelang akhir tahun lalu.

DPM Teo menambah, kolej perkhidmatan awam akan meluaskan usaha mendekati kakitangan dengan kerjasama institut pengajian tinggi bagi membantu mendalami kemahiran.

Mengenai laluan jelas bagi orang ramai melaporkan salah guna, DPM Teo mengatakan saluran untuk berbuat demikian berhasil dengan kira-kira 320 kes dilaporkan pada 2017 dan jumlahnya kekal stabil sejak tiga tahun lalu.

Sebanyak 90 peratus aduan sudah disiasat dengan 134 kes berakhir dengan tindakan disiplin.

DPM Teo menegaskan majoriti kes tidak melibatkan salah guna dana awam atau kelemahan serius dalam sistem pemeriksaan dan kawalan. 

Sumber : CNA/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan