Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan awam dapat bonus hujung tahun 1.05 bulan; pegawai gred rendah terima bayaran tambahan sekali sahaja

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Nov 2024 05:45PM Dikemas Kini : 26 Nov 2024 12:35AM

SINGAPURA: Semua kakitangan perkhidmatan awam akan menerima bonus 1.05 bulan pada akhir tahun, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Isnin (25 Nov).

Pegawai gred rendah bersamaan dengan MX15 dan MX16, serta mereka dalam Skim Sokongan Operasi (OSS), akan juga menerima bayaran tambahan sekali sahaja sebanyak S$600.

Selepas digabungkan dengan bayaran pertengahan tahun, kakitangan awam akan menerima komponen berubah-ubah tahunan (AVC) 1.5 bulan secara keseluruhan bagi tahun ini.

Mereka dengan gred lebih rendah pula bakal mendapat bayaran sekali sahaja sehingga S$850 secara keseluruhan pada 2024, menurut PSD.

Dalam pada itu, pemerintah akan terus membayar Elaun Tahunan Tidak Berpencen (NPAA) sebanyak bulan kepada semua kakitangan awam.

Bayaran hujung tahun ini mengambil kira Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) yang dijangka tumbuh sehingga sekitar 3.5 peratus pada 2024 serta garis panduan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) bagi 2024/2025, tambah PSD.

Ia juga berikutan rundingan dengan kesatuan sektor awam.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan