Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan awam bakal terima bonus pertengahan tahun 0.3 bulan; bayaran sekali sahaja bagi gred pangkat rendah

Kakitangan perkhidmatan awam akan menerima bonus pertengahan tahun sebanyak 0.3 bulan di tengah-tengah "risiko rendah yang ketara" semasa pandemik COVID-19, menurut Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Jumaat (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2021 06:35PM Dikemas Kini : 18 Jun 2021 09:48PM

SINGAPURA: Kakitangan perkhidmatan awam akan menerima bonus pertengahan tahun sebanyak 0.3 bulan di tengah-tengah "risiko rendah yang ketara" semasa pandemik COVID-19, menurut Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Jumaat (18 Jun).

Kakitangan awam dari gred pangkat rendah juga akan menerima bayaran tambahan sekali sahaja.

Para pegawai yang mempunyai gred setara dengan MX13(I) dan MX14 akan menerima bayaran sekali sahaja sebanyak S$350. Mereka dalam gred setara dengan MX15 dan MX16 serta gred-gred Skim Sokongan Operasi 3 hingga 5 pula akan menerima bayaran sekali sahaja yang lebih tinggi iaitu S$700.

"Ekonomi Singapura dijangka pulih tahun ini seiring dengan ekonomi sejagat dan kemajuan pada program vaksinasi negara kita," menurut PSD.

"Namun, risiko rendah yang ketara tetap ada, termasuk ketidaktentuan mengenai hala tuju pandemik COVID-19."

PSD menambah: "Berikutan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku pada 2020, ekonomi dan pasaran buruh Singapura menyaksikan pertumbuhan positif pada suku pertama 2021."

Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 1.3 peratus pada suku pertama 2021 berbanding setahun lalu. Ini jauh berbeza berbanding penguncupan 2.4 peratus pada suku sebelumnya, menurut PSD.

Secara keseluruhannya, jumlah pengambilan pekerja, pengangguran dan jumlah pemberhentian pekerja juga menyaksikan pertumbuhan positif yang berturut-turut dari suku ke suku.

Persekitaran ekonomi luar juga bertambah baik sejak Februari. Namun, menurut PSD, negara-negara sedang mengalami gelombang jangkitan semula dengan kemunculan varian koronavirus yang lebih mudah menular dan berjangkit.

"Di dalam negara, walaupun COVID-19 secara amnya terkawal dan kemajuan yang kami lakukan dalam memvaksin penduduk, masih terdapat risiko dan ketidaktenutan yang ketara dalam keadaan COVID-19 kita sendiri."

PSD menarik perhatian Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengekalkan ramalan pertumbuhan hasil dalam negeri kasar (GDP) antara 4 hingga 6 peratus untuk tahun ini.

"Rentak pemulihan juga dijangka tidak rata merentasi pelbagai sektor ekonomi," tambahnya.

Kakitangan perkhidmatan awam tidak menerima bonus pertengahan tahun pada tahun lalu. Gaji para pegawai gred "pangkat tinggi" dipotong setengah bulan atau sebulan untuk sekali sahaja bergantung kepada susunan tempoh perkhidmatan mereka.

Bonus akhir tahun juga tidak dibayar tahun lalu meskipun kakitangan perkhidmatan awam menerima Elaun Tahunan Tanpa Pencen, juga dikenali sebagai bonus bulan ke-13. 

Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa