Kakitangan awam bakal terima bonus akhir tahun 0.6 bulan; pegawai gred rendah terima bayaran tambahan sekali saja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kakitangan awam di Singapura bakal menerima bonus akhir tahun 0.6 bulan, manakala pegawai gred rendah akan terima bayaran tambahan sekali saja, dedah Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Isnin (27 Nov).
Penjawat awam dalam gred setara dengan MX13(I) dan MX14 akan menerima bayaran tambahan sekali saja sebanyak S$400.
Mereka dalam gred setara dengan MX15 dan MX16, serta mereka dalam Skim Sokongan Operasi (OSS) akan menerima bayaran tambahan sekali saja lebih tinggi sebanyak S$800.
"Bayaran akhir tahun ini mengambil kira bahawa Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Singapura dijangka mencatat sekitar 1 peratus pada 2023, serta garis pandu Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) terkini," dedah PSD.
Secara keseluruhan, penjawat awam bakal menerima bonus 0.9 bulan bagi 2023. Pegawai sehingga MX13(I) dan setara dengannya akan menerima bayaran tambahan sehingga S$1,200 tahun ini.
Pemerintah akan terus membayar Elaun Tahunan Tidak Berpencen (NPAA) atau bonus bulan ke-13 sebanyak sebulan gaji.
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sudah mengurangkan unjuran pertumbuhan GDP sebanyak 0.5 peratus kepada 1.5 peratus, kepada sekitar satu peratus untuk 2023.
Ramalan yang disemak semula itu mengambil kira prospek pasaran buruh, permintaan luar yang lemah bagi sepanjang tahun, serta risiko penurunan berterusan yang tercetus daripada ketegangan geopolitik, tambah PSD.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.