Kakitangan agensi pembantu rumah dipenjara kerana tipu pelanggan pindahkan S$92,000 ke akaun PayNow peribadi
Seorang penolong pengurus di sebuah agensi pembantu rumah menyuruh kliennya supaya membuat bayaran kepada akaun PayNow peribadinya setelah menukarkan nama akaun bayaran digital itu supaya ia kelihatan seolah-olah milik syarikat tersebut.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Seorang penolong pengurus di sebuah agensi pembantu rumah menyuruh kliennya supaya membuat bayaran kepada akaun PayNow peribadinya setelah menukarkan nama akaun bayaran digital itu supaya ia kelihatan seolah-olah milik syarikat tersebut.
Sepanjang tempoh lima bulan, warga Malaysia Chai Song Lin menyeleweng lebih $92,000 daripada syarikat berkenaan melalui cara itu.
Perbuatan Chai, 45 tahun, akhirnya terbongkar apabila pegawai atasannya menyoalnya mengenai percanggahan dalam rekod jualan yang tinggi dan hasil pendapatan yang agak rendah dijananya bagi syarikat itu.
Chai dihukum penjara 20 bulan dua minggu pada Isnin (5 Jan).
Dia mengaku bersalah atas tuduhan menipu, sebanyak 72 kali antara pertengahan September 2024 dengan awal Mac 2025.
Mahkamah diberitahu bahawa Chai diambil bekerja sebagai penolong pengurus di 1st Allbest Human Resource dari Jun 2022 hingga Mac 2025.
Agensi itu menyediakan khidmat pembantu rumah hijrahan, dan Chai bertanggungjawab berurusan dengan pelanggan, menawarkan khidmat syarikat itu kepada mereka dan mengarahkan mereka supaya membuat bayaran deposit dan pemprosesan bagi pembantu rumah hijrahan yang ingin mereka gajikan.
Pelanggan boleh membuat bayaran kepada akaun bank syarikat itu menerusi PayNow, pemindahan bank, wang tunai atau mesin pembayaran Nets di pejabat syarikat itu.
Pada September 2024, Chai mula melakar idea untuk mengalihkan bayaran untuk syarikat itu ke dalam akaun banknya sendiri.
Dia menukar nama akaun PayNownya daripada "Derek" kepada "1st Allbest Human Resource" dan meminta pelanggan supaya membuat bayaran kepada akaun tersebut.
Dia mendakwa ia adalah akaun bank syarikat tersebut dan malah menghasilkan kod QR menggunakan akaunnya sendiri yang diberikan kepada pelanggan untuk membuat bayaran.
Apabila pelanggan mengimbas kod QR tersebut, mereka akan melihat nama penerima sebagai "1st Allbest Human Resource" dan diperdaya untuk memindahkan wang ke dalam akaun peribadi Chai.
Lebih 40 mangsa diperdaya untuk memindahkan wang sebanyak S$92,508.40 kepada akaun PayNow Chai sepanjang tempoh kira-kira lima bulan.
Jumlah yang dipindahkan antara S$50 hingga S$3,500.
Untuk memberi gambaran bahawa dia tetap menjana pendapatan bagi syarikat itu, Chai memindahkan kira-kira S$3,800 ke dalam akaun bank syarikat itu.
Pada 6 Mac tahun lalu, pegawai atasan Chai menyoalnya mengenai percanggahan antara rekod jualan tinggi yang dicapainya dengan hasil pendapatan agak rendah yang dijananya.
Pada awalnya, Chai berbohong dan berkata pelanggannya lewat membuat bayaran.
Apabila pegawai atasannya berkata beliau akan mengesahkan perkara itu dengan pelanggannya, Chai mengaku dia mengambil wang tersebut.
Dia memulangkan wang sebanyak S$10,000 pada keesokan hari selepas didesak oleh pegawai atasannya, yang membuat aduan polis.
Atas tuduhan banyak kali menipu, Chai boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.