Kajian Projek HeatSafe yang pertama seumpamanya dedah kesan tekanan haba terhadap pekerja, industri
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah sperma lebih rendah, keupayaan untuk membuat keputusan semakin lemah dan kerugian berbilion-bilion dolar dari segi daya penghasilan setiap tahun menjelang 2035.
Demikian antara dapatan kajian berskala besar yang pertama seumpamanya mengenai kesan tekanan haba atau panas terdapat para pekerja dan industri-industri, sekarang dan juga pada masa hadapan.
Hasil kajian Projek HeatSafe itu berdasarkan tinjauan melibatkan 34,000 orang dan syarikat-syarikat daripada 42 industri.
Ia dijalankan oleh Pusat Prestasi dan Daya Tahan Haba di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS).
"Projek HeatSafe adalah yang pertama seumpamanya di bahagian dunia ini, di Asia Tenggara, di mana kita mengumpulkan pakar-pakar daripada pelbagai disiplin.
"Tujuannya adalah untuk kita pertama sekali, menyatakan kuantiti permintaan dan kemudian, menetapkan strategi-strategi pencegahan, dasar-dasar untuk memastikan agar tidak sahaja bertakat, tetapi berdaya maju dalam dunia yang panas ini," jelas Prof Madya Jason Lee,
Pengarah Pusat Prestasi dan Daya Tahan Haba, Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, NUS.
Satu tinjauan meramalkan kerugian S$2.2 bilion setiap tahun akibat kesan tekanan haba terhadap daya penghasilan pekerja yang bertugas dalam sektor perkhidmatan, pengilangan, pertanian dan binaan.
Jumlah itu hampir seganda lebih tinggi berbanding kerugian S$1.18 bilion yang dialami lima tahun lalu sebelum berlakunya pandemik COVID-19.
Tinjauan berasingan pula mendapati kerugian daya penghasilan akibat tekanan haba bermakna, seorang pekerja boleh mengalami kerugian pendapatan sekitar S$21 bagi setiap hari yang panas.
Ini membentuk sekitar suku daripada gaji median harian mereka.
Tekanan haba juga boleh menjejas fungsi mental dan keupayaan membuat keputusan.
Ini sekali gus meningkatkan risiko mengalami kecederaan di tempat kerja.
Dalam pada itu lebih 65 peratus pekerja dalam satu kajian menyatakan, mereka bekerja pada rentak yang lebih perlahan pada hari-hari yang lebih panas kerana lebih keletihan.
Satu tinjauan berasingan pula mendapati 70 peratus majikan tidak berasa bahawa kerugian daya penghasilan akibat tekanan haba adalah satu masalah bagi mereka.
Bagaimanapun mereka akur tentang perlunya mendidik para pekerja tentang risikonya.
Malah ada juga yang melaksanakan langkah-langkah termasuk berehat bagi menghilangkan dahaga, menggunakan uniform yang lebih menyejukkan tubuh dan memasang sistem amaran.
Selain meninggalkan kesan terhadap daya penghasilan pekerja, tekanan haba juga boleh menjejas kesuburan.
Satu kajian di bawah Projek HeatSafe mendapati bahawa pendedahan terhadap haba antara dua minggu hingga tiga bulan boleh meningkatkan risiko bilangan sperma berkurangan sehingga 46 peratus.
Dalam kalangan wanita, hasil kajian itu lebih mengejutkan.
Wanita hamil didapati kurang berisiko bagi tekanan haba dalam trimester dua dan ketiga.
Para penyelidik berkata ini mungkin kerana wanita yang tinggal di kawasan tropik sudah biasa dengan pendedahan haba.
Maka itu, mereka tahu cara untuk mengurangkan suhu badan, iaitu dengan lebih kerap berada di tempat teduh, dan menggunakan alat hawa dingin.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.