Kajian NTU ramal paras air laut global naik sehingga 1.9m jelang 2100
Anggaran Waktu Membaca:

Kajian NTU ramal paras air laut global naik sehingga 1.9m jelang 2100 (Gambar: AFP)
SINGAPURA: Sebuah pasukan yang diketuai penyelidik-penyelidik dari Singapura mendapati bahawa paras air laut global boleh meningkat sehingga 1.9 meter (m) menjelang 2100, lebih tinggi daripada apa yang diunjurkan sebelum ini.
Para penyelidik dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Teknologi Delft dari Belanda mengunjurkan dalam kajian bahawa jika kadar pelepasan karbon global terus meningkat, paras air laut berkemungkinan besar akan meningkat antara 0.5m dengan 1.9m pada penghujung abad ini.
Julat unjuran yang tinggi itu melebihi ramalan global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebanyak kira-kira 0.9m.
Dalam laporan penilaian keenam Panel Antara Pemerintah tentang Perubahan Iklim (IPCC), PBB mengunjurkan bahawa purata paras air laut global mungkin akan meningkat antara 0.63m dengan 1.01m menjelang 2100 jika berlaku pelepasan karbon tinggi.
Kajian NTU, "Fusion of Probabilistic Projections of Sea-Level Rise", diterbitkan dalam jurnal saintifik Earth's Future pada 11 Disember 2024.
Julat itu, yang mempunyai kemungkinan 90 peratus, seperti yang dilaporkan oleh pasukan tersebut melengkapkan unjuran kenaikan paras air laut oleh IPCC.
IPCC menilai unjuran sehingga julat dengan kemungkinan 66 peratus, menurut NTU dalam sebuah laporan media pada Isnin (27 Jan).
KENAIKAN PARAS AIR LAUT
Purata kenaikan paras laut global didorong oleh dua faktor utama yang disebabkan oleh peningkatan suhu iaitu pengembangan haba (thermal expansion) di lautan dan ketulan ais yang cair.
Namun, perubahan relatif paras air laut di seluruh dunia tidak sama disebabkan faktor tambahan.
Unjuran kenaikan paras air laut yang tepat membantu pemerintah dan para perancang bandar untuk bersiap siaga sekiranya berlaku ancaman terhadap bandar-bandar yang terletak berhampiran pantai.
Lebih daripada 410 juta orang mungkin menghadapi risiko berdepan dengan kenaikan paras air laut menjelang akhir abad ini.
Ini berikutan data yang menunjukkan paras air laut global sudah meningkat lebih 10 sentimeter sepanjang dekad yang lalu, menurut Forum Ekonomi Dunia.
Singapura terdedah kepada peningkatan paras air laut, dengan kira-kira 30 peratus terletak kurang daripada 5m di atas paras air laut purata.
Ini terutamanya bagi kawasan pantai seperti Changi, Tuas dan East Coast.
Menurut Kajian Perubahan Iklim Kebangsaan Singapura yang ketiga yang diterbitkan pada Januari 2024, purata paras air laut di negara boleh meningkat sebanyak 0.23m di bawah senario pelepasan rendah.
Pemerintah Singapura sudah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi pantai melalui ciri gabungan buatan manusia dan semula jadi. Usaha seterusnya masih dalam perancangan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.