Skip to main content

Singapura

Kajian LOVING bertujuan tingkatkan perkembangan emosi, kognitif & fizikal kanak-kanak

Sebuah kajian keibubapaan, yang dipercayai terbesar di Singapura, ingin memperkukuh pengasuhan bagi meningkatkan hasil pembangunan emosi, kognitif dan kesihatan fizikal kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 May 2026 09:39PM Dikemas Kini : 17 May 2026 01:21PM
  • Kajian LOVING yang diketuai Profesor Madya Anne Rifkin-Graboi dari NUS bertujuan memperkukuh pengasuhan bagi pembangunan emosi, kognitif dan fizikal kanak-kanak di Singapura.
  • Kajian ini menyasarkan 624 keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, selepas kejayaan kajian rintis yang melibatkan 36 keluarga.
  • Intervensi meliputi program di rumah, keibubapaan digital dan kursus online, dengan sesi percubaan selama enam bulan bermula selepas pendaftaran pada 26 Mei.
  • Hasil kajian akan digunakan oleh penggubal dasar dan pengamal untuk merancang program nasional, dengan sokongan Menteri Negara Kanan Sun Xueling.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Sebuah kajian keibubapaan, yang dipercayai terbesar di Singapura, ingin memperkukuh pengasuhan bagi meningkatkan hasil pembangunan emosi, kognitif dan kesihatan fizikal kanak-kanak.

Matlamatnya adalah untuk mendapatkan lebih 620 keluarga sebagai peserta selepas kajian serupa yang berskala lebih kecil berjaya dijalankan.

Hasil penyelidikan kemudian akan diteliti oleh para penggubal dasar dan pengamal untuk merancang program-program tindakan di seluruh negara.

"Kami tahu bahawa kanak-kanak berdepan pelbagai cabaran semasa membesar. Mereka berdepan cabaran kognitif. Mereka berdepan cabaran sosio-emosi atau psikologi, malah juga kesihatan fizikal.

"Kami tahu bahawa sesetengah cabaran ini berlaku lebih kerap dalam golongan berpendapatan rendah.

"Kami juga tahu bahawa pengasuhan secara sensitif, sekurang-kurangnya daripada kajian antarabangsa, diharap dapat menjadi mekanisme pencegahan untuk memberi kanak-kanak masa depan lebih baik," kata Pengkaji Utama Kajian LOVING, Jabatan Perubatan Psikologi & Pediatrik, Sekolah Perubatan NUS, Profesor Madya Anne Rifkin-Graboi.

Kajian rintis melibatkan 36 keluarga, di mana mereka dikelompokkan secara rambang ke salah satu daripada tiga program yang memberi tumpuan kepada penjaga - iaitu intervensi di rumah, program keibubapaan digital dan kursus pembelajaran online yang boleh diakses pada bila-bila masa.

Kajian yang diberi nama 'LOVING' itu akan diperluas kepada 624 keluarga daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kami kini berharap platform LOVING dapat membantu kami mengenal pasti apakah intervensi pengasuhan sensitif yang berhasil dan bagaimana kami boleh memperluas skalanya agar ia dapat membawa manfaat kepada masyarakat lebih meluas.

"Selain mengolah data dan dapatan kajian kepada dasar dan program yang boleh diterapkan, kami juga perlu menyatukan masyarakat untuk memastikan intervensi kami disampaikan secara berkesan merentas pelbagai bidang," kata Menteri Negara Kanan bagi Pembangunan Negara, Sun Xueling.

Ini termasuk ruang untuk keluarga, di sekolah serta hospital dan poliklinik.

Penyelidikan yang diperluas itu akan bermula dengan sesi percubaan selama enam bulan dan pendaftaran dibuka mulai 26 Mei.
Sumber : CNA/QA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita