Kajian, inovasi S'pura kunci melawan COVID-19, wujudkan peluang pertumbuhan, kata DPM Heng
Usaha penyelidikan dan inovasi Singapura penting dalam melawan virus korona baru dan akan membantu mencipta peluang baru bagi pertumbuhan ekonomi dalam dunia selepas COVID-19, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Sweet Keat pada Rabu (26 Ogos).
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat. (Gambar: Reuters/Feline Lim)
SINGAPURA: Usaha penyelidikan dan inovasi Singapura penting dalam melawan virus korona baru dan akan membantu mencipta peluang baru bagi pertumbuhan ekonomi dalam dunia selepas COVID-19, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Sweet Keat pada Rabu (26 Ogos).
Encik Heng yang juga pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), menggariskan bagaimana yayasan tersebut akan mendukung keutamaan yang dibentangkan oleh Presiden Halimah Yacob semasa berucap di pembukaan Parlimen pada Isnin.
Dalam ucapannya, Puan Haliman menyentuh tentang perlunya untuk meneroka sumber-sumber pertumbuhan dan peluang baru.
Usaha sains dan teknologi telah memainkan peranan penting ke arah matlamat tersebut dan akan terus menjadi sedemikian pasca pandemik, kata Encik Heng dalam satu kenyataan tambahan kepada Ucapan Presiden.
Beliau berkata Singapura adalah negara ketiga di dunia di luar China yang berjaya meniru virus COVID-19 dengan membiakkan virus korona dalam sel kultur yang diambil daripada pesakit.
Selain itu, Ecik Heng menambah institut kajian dan pengembangan (R&D) awam seperti Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) sudahpun bekerjasama rapat dengan masyarakat kesihatan awam di Singapura untuk membangunkan kit ujian diagnostik yang tepat dan kaedah rawatan berkesan.
Masyarakat kajian, inovasi dan perusahaan kini, kata Encik Heng, sedang mengusahakan lebih 200 projek penyelidikan yang menyokong usaha Singapura melawan COVID-19 serta memperkukuhkan tahap kesediaan jika berlaku pandemik pada masa depan.
Dalam rancangannya untuk lima tahun akan datang, NRF kata Encik Heng akan menyokong penyelidikan dalam "bidang strategik yang beri kesan tinggi", membangunkan kekuatan Singapura dalam pengilangan dan kejuruteraan lanjutan, sains kesihatan dan bioperubatan, huraian berdaya mampan dan huraian bandar serta teknologi digital.
“Usaha RIE (Kajian, inovasi dan perusahaan) kami disepadukan dengan usaha Majlis Ekonomi Masa Hadapan untuk menyokong perubahan ekonomi serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan lebih baik untuk rakyat Singapura," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.