Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kajian baru tentang kesihatan mental ibu hamil dilancarkan

Satu daya usaha dan kajian baru yang disasarkan kepada kesihatan mental ibu mengandung, dilancarkan hari ini (4 Dis). Ia adalah hasil kajian jangka panjang yang bertujuan untuk menentukan kesan kesihatan ibu terhadap pertumbuhan anak-anak mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Dec 2018 08:36PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 09:57PM

SINGAPURA: Satu daya usaha dan kajian baru yang disasarkan kepada kesihatan mental ibu mengandung, dilancarkan hari ini (4 Dis).

Ia adalah hasil kajian jangka panjang yang bertujuan untuk menentukan kesan kesihatan ibu terhadap pertumbuhan anak-anak mereka.

Kajian itu menyusuri perkembangan 1,200 ibu dan anak mereka selama sedekad dan hari ini adalah ulang tahun ke-10 kajian tersebut.

Data bayi yang menyertai kajian 'Growing Up in Singapore Towards Healthy Outcomes' (GUSTO) dikumpulkan sejak para ibu sedang mengandung.

Data terus dikumpulkan apabila bayi dilahirkan sehingga mereka melangkah ke alam kanak-kanak.

Terdapat beberapa penemuan penting dari kajian selama 10 tahun itu.

Menurut GUSTO, kencing manis semasa kehamilan (GDM) menjejas satu daripada setiap lima wanita dalam kajian ini.

Lebih 45 peratus daripada mereka terus menghidap prakencing manis atau kencing manis Jenis 2 selama tempoh lima tahun selepas mereka hamil.

Para ibu dengan risiko paras gula tinggi juga menjejas pertumbuhan dan perkembangan bayi mereka.

Kajian itu juga mendapati, bayi berusia enam bulan yang terdedah kepada dua bahasa mempunyai ingatan lebih baik dan lebih cekap daripada bayi yang hanya bertutur dalam satu bahasa.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa bayi dengan ekzema adalah tiga kali lebih cenderung untuk mengalami kerosakan gigi pada usia dua dan tiga tahun.

GUSTO berharap untuk terus mengikuti kanak-kanak lelaki sehingga usia 18 tahun apabila mereka memasuki Perkhidmatan Negara (NS) dan kanak-kanak perempuan apabila mereka memulakan pendidikan tinggi sehingga bekerja.

"Jika kita boleh melakukan ini, kita boleh memberikan nasihat yang baik kepada warga Singapura untuk mendapatkan permulaan yang baik dalam kehidupan," menurut penyelidik utama GUSTO, Profesor Chong Yap Seng.

Bagi para ibu yang berhadapan dengan risiko kemurungan, terdapat inisiatif yang menawarkan terapi.

Satu kajian dipanggil 'Mapping Antenatal Maternal Moods' (Memeta Mood Keibuan Sebelum Bersalin) akan merekrut 2,500 wanita hamil untuk mengumpul data dan mengesan simptom awal bagi gangguan pada emosi. Fasa pertama akan dimulakan tahun depan. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan